| 
   
WATAK DAN
  PERWATAKAN 
 | 
 
| 
   
Watak
  ialah pelaku atau aksi dalam sesebuah cerita. Watak boleh terdiri daripada
  manusia atau binatang. Perwatakan pula ialah penggambaran atau pendedahan
  watak dalam karya sastera. Aspek perwatakan dalam Sulalatus Salatin dilihat dari
  sudut kepentingan setiap atau sejauh mana peranan yang dimainkan berkaitan
  dengan negara-kot Melaka itu sendiri. Sebagai sebuah karya pensejarahan
  Melayu, Sulaltus Salatin memberi tumpuan kepada peristiwa-peristiwa yang
  berlaku di istana. Ini bermakna tumpuan cerita kepadaa watak-watak yang
  terdiri daripada golongan istana atau golongan raja. Dengan ini secara tidak
  langsung watak-watak yang terdiri daripada golongan pembesar-pembesar seperti
  Bendahara, Temenggung dan Laksamana. Golongan pembesar negeri amat penting
  dalam konteks penulisan karya pensejarahan Melayu kerana kaitan peranan
  mereka yang amat rapat dengan golongan istana serta bidang tugas dan
  tanggungjawab yang sangat besar dalam menentukan kejayaan dan keutuhan
  sesebuah kerajaan itu. Mengkaji atau menganalisis watak-watak dalam teks
  Sulalatus Salatin bermakna meneliti peristiwa-peristiwa yang berlaku yang
  melibatkan watak berkenaan seperti mana yang diceritakan atau yang
  digambarkan dalam teks Sulalatus Salatin.  
 | 
 
Watak-watak
Dari Golongan Raja/Sultan
Watak-watak dari
golongan raja atau sultan dalam Sulalatus Salatin boleh dibahagikan kepada tiga
tahap berdasarkan pembahagian zaman atau kerajaan-kerajaan. 
RAJA ISKANDAR
ZUL-KARNAIN
Nama
peribadinya ialah Raja Iskandar. Anak kepada Raja Darab. Keturunan dari bangsa
Rome. Memerintah negeri bernama Makaduniah. Raja Iskandar terkenal dengan
gelaran Raja Iskandar Zul-Karnain. Raja Iskandar bernama angkatan mengembara
arah ke matahari terbit. Dalam pengembaraan ini baginda menyerang negeri-negeri
yang dilalui dan menakluki negeri-negeri tersebut. Negeri Kida Hindi telah
berjaya ditakluki. Raja negeri Kida Hindi ditawan. Kemudian diIslamkan. Selepas
diIslamkan, Raja Kida Hindi dihantar semula ke negeri Kida Hindi dan didudukkan
kembali sebagai raja memerintah negeri Kida Hindi. 
Di
sini, jelas menunjukkan sifat Raja Zul-Karnain sebagai seorang raja yang baik
dan bertimbang rasa. Sungguhpun negeri Kida Hindi telah ditakluki, baginda
tidak menawan dan menjadikan Raja Kida Hindi sebagai hamba tebusan. Sebaliknya
raja itu diIslamkan dan dikembalikan semula takhta kerajaannya. Raja Iskandar
berkahwin dengan Puteri Syahrul Bariyah-Puteri Raja Kida Hindi. Perkahwinan ini
dilaksanakan oleh Nabi Khidir. Mas kahwinnya tiga ratus ribu dinar emas. Raja
Iskandar membawa isterinya bersama-sama “berjalan” ke arah matahari hidup.
Beberapa lama selepas itu, mereka kembali ke negeri Kida Hindi. Raja Iskandar
kembali semula ke negeri Makaduniah. Hasil perkahwinan Raja Iskandar dengan
Tuan Puteri Syahrul-Bariyah lahir seorang putera diberi nama Raja Aristun Syah.
Daripada keturunan ini seterusnya membawa kepada keturunan Raja Suran. 
RAJA SURAN
- · Puteri kepada Tersi Berderas dan puteri RAja Sulan dari negeri Amdan Negara.
 - · Memerintah negeri Amdan Negara
 - · Seorang raja yang sangat masyhur dan agung.
 - · Raja yang gagah perkasa..Ketua angkatan perang yang gagah berani.. Menawan negeri Gangga Negara
 - · Raja yang kuat semangat , berani.. Tidak gentar berperang walaupun negeri yang lebih besar dan kuat. Hajat serang negeri China.
 - · Seorang raja berfikiran jauh, mengambil kira keadaan masa depan angkatannya dan membatal kan hajat menyerang negeri China kerana terlalu jauh mengambil masa yang lama
 - · Raja yang kreatif dan mempunyaipemikiran yang tajam serta proaktif.. Ingin meneroka dunia bawah laut, meneroka misteri kehidupan aam diluar daripada kemampuan pemikiran rakyat biasa.
 - · Sifat istimewa kerana dikurniakan sifat-sifat supernatural.. Boleh hidup dalam dunia dataran dan dunia bawah laut, berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri di kurniakan 3 putera iaitu Nila pahlawan, Krisyna PAndita dan Nila UTAma
 - · Memiliki kesaktian.. Boleh berhubung dengan makhluk halus seprti jin dan peri. Misalnya mendapat pertolongan Raja Jin Asmaghiah Peri membawa ketiga tiga putera baginda keluar dari negara bawah laut
 - · Contoh lain , Raja Suran mendapat tiga buah mahkota daripada perbendaharaan Nabi Sulaiman 'alaihis-salam, menaiki kuda Farasu'l-Bahri kembali ke dunia daratan
 
DEMANG LEBAR DAUN
- Raja Palembang, di tanah Andalas, berasal daripada cucu Raja Suran. Puteri bernama Raden Ratna Cendera Puri
 - Setia kpada keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Menjemput ketiga-tiga putera RAja Suran di Bukit Si Guntang bersemayam di istana Palembang
 - Berusaha menabalkan putera-putera Raja Iskandar Zul-Karnain ;
 - Sang Si Perba -> Raja Minangkabau ( Nila Pahlawan )
 - Krisyna Pandita -> Raja TAnjung Pura
 - Nila Utama -> Raja Palembang
 
| 
   
Watak-watak
  Dari Kalangan Bendahara 
 | 
 
| 
   
Dalam
  zaman kerajaan Melayu Melaka terdapat seramai lapan orang pembesar yang menduduki
  jawatan sebagai Bendahara Melaka. Namun demikian, hanya empat orang sahaja
  yang masyhur dan memainkan peranan penting dalam memaju dan meletakkan Melaka
  sebagai sebuah empayar Melayu yang kukuh dan masyhur. Mereka ialah : 
  | 
 
| 
   
Peranan dan
  Kedudukan Bendahara 
 | 
 
  
  | 
 
| 
   
Secara
  umumnya peranan Bendahara adalah seperti berikut : 
 | 
 
  
  | 
 
| 
   
BENDAHARA PADUKA RAJA TUN PERAK 
 | 
 
  
 
Bijaksana dan
  Pintar 
Kecekapan Bendahara bukan sahaja dalam
  menjalankan tugas pentadbiran dan politik Melaka, malah ia adalah seorang
  yang dikatakan memiliki kepandaian serba boleh. Ini jelas daripada beberapa
  hal yang melibatkan kebijaksanaan dan kepandaian beliau yang berbeza dengan
  pembesar-pembesar lain : 
a.     
  Bijak mengarang
  surat 
Tugas mengarang surat untuk dihantar
  ke Siam dilaksanakan oleh Bendahara Paduka Raja. Ketinggian maksud dan sifat
  diplomasi amat jelas daripada kandungan isi surat tersebut sungguhpun
  baris-baris ayatnya pendek : 
      “Hendak
  tidak dilawani, takut mudarat ke atas nyawa ; sungguhpun dilawani, terlalu
  takut akan Paduka Bubunnya. Daripada sangat harap akan ampun dan kurnia ,
  maka menyuruhkan Tun Telanai dan Menteri Jana Putera…” (SS, hlmn
  108) 
b.     
  Bijak meramal
  dan tahu ilmu firasat 
Ramalan Bendahara adalah tepat,
  antaranya : 
Sewaktu Tun Mutahir memegang jawatan
  Temenggung, Tun Mutahir bertindak membunuh 
  seorang rakyat yang bersalah di hadapan Sultan Mahmud (Sultan Mahmud
  terkenal seorang yang buruk pekerti dan sanggup melakukan apa sahaja demi
  untuk kepuasan dirinya). Ketika melihat tindakan Tun Mutahir sedemikian itu,
  Bendahara Paduka Raja menegur :  
“Hei, lihatlah
  Seri Maharaja! Anak Harimau diajarnya makan daging. Dia kelak ditangkapnya.” (SS, hlmn
  187) 
Kata-kata
  Bendahara ini amat tepat kerana akhirnya hukuman bunuh ke atas Bendahara Seri
  Maharaja yang dijatuhkan oleh Sultan Mahmud tidak setimpal dengan
  kesalahannya. Sultan tanpa usul periksa dan tanpa menyelidik dengan
  terperinci terus menjatuhkan hukuman bunuh kepada Bendahara dan keluarga. 
 | 
 
saya gunakan blog anda untuk rujukan ya. terima kasih.
ReplyDeleteterima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..
Deletesaya gunakan blog ini sebagai rujukan dan panduan kepada tugasan saya. tq
ReplyDeleteterima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..
DeletePerkongsian yang baik dan mudah untuk dirujuk sebagai rujukan.. terima kasih
ReplyDeleteterima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..
Delete