Wednesday, May 30, 2018

SEJARAH MELAYU (SULALATUS SALATIN)

BLOG INI DIWUJUDKAN SEBAGAI SATU PLATFORM UNTUK MEMBANTU RAKAN-RAKAN KULIAH YANG LAIN SERTA PELAJAR SEKOLAH YANG MENCARI RUJUKAN TENTANG SEJARAH MELAYU. SEMOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA ANDA SEMUA DALAM MENYELUSURI ILMU PENGETAHUAN YANG DIKONGSI BERSAMA.



Universiti Pendidikan Sultan Idris

Universiti No 1 Pendidikan di Malaysia

Teks Kanon Melayu (BSS3143)

ISMP Kesusasteraan Melayu (AT01)

Kumpulan 6 (Dahlia)

NAMA
NO MATRIK
ANIS MAWARNI BINTI ABDUL GHANI
D20161073235
NASYIRAH SYAMIMI BINTI SANUSI
D20161075020
NURUL  ATIQAH BINTI SHAHIDAN
D20161073260
NURUL ASHIKIN BINTI ABDULLAH
D20161073241
SAMSOL DUSIF
D20161073254

PENSYARAH :
PROF. MADYA DR. NORAZIMAH BINTI ZAKARIA

PENGARUH TEKS

PENGARUH TEKS SEJARAH MELAYU KEPADA TEKS-TEKS SEJARAH.

  Kepengarangan Melayu tradisi mempunyai peranan yang yang sangat besar dalam menyulamkan kisah-kisah Kerajaan Melayu terdahulu. Walaupun begitu, penulisan mereka dikawal dan didokong oleh sistem feudal yang menuntut mereka patuh dan hormat kepada raja. Sulalatus salatin merupakan karya yang diselenggara oleh oleh A. Samad Ahmad berdasarkan teks asalnya iaitu Sejarah MelayuSejarah Melayu merupakan sebuah teks yang dikarang dan ditulis oleh Tun Seri Lanang. Walaupun di dalam buku asal tersebut tidak mempunyai nama pengarang, namun hal ini jelas terbukti di dalam penulisan Shaikh Nuruddin  al-Raniri dalam dalam karyanya iaitu Bustanus Salatin pada tahun masihi 1638 yang telah mencatatkan nama Tun Seri Lanang sebagai pengarang Sejarah MelayuSejarah Melayu ini ditulis pada 13 Mei 1612 berikutan daripada permintaan Raja Abdullah untuk mengarang Sejarah Melayu.Sejarah Melayu juga dilihat sebagai teks yang memberi jaminan kepada kesahihan dan kebenaran. Sejarah Melayu juga dapat dikatakan sebagai sebuah teks yang dapat dikaitkan dengan Kitab Bustanus Salatin, Sejarah Raja Riau-Riau, Keringkasan Sejarah Melayu, Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Siak dan lain-lain.

  Pengarang bermaksud tali atau benang untuk mengarang manik. Makna kedua ialah orang yang mengarang cerita seperti lagu, sajak dan lain-lain. Makna ketiga ialah orang yang menyunting karangan untuk diterbitkan. Manakala menurut Norazimah Zakaria (2016), secara umumnya, pengarang tradisi ialah seorang penyalin, penterjemah kerana dia boleh menyadur, merombak dan menyelesaikan sesebuah karya asli supaya menjadi karya yang lebih menarik berdasarkan cita rasanya, dan mengikut kepada budaya yang melahirkannya. Pada masa dahulu, untuk diikitraf sebagai seorang pengarang Melayu Tradisional, mereka mestilah menghasilkan sebuah karya yang boleh diterima oleh masyarakatnya dengan dengan menghasilkan karya yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan tidak boleh berbeza daripada karya yang lain. Hal ini kerana, semakin banyak pengulangan yang dilakukan, maka sastera tersebut dianggap benar, tulen dan sahih penceritaanya.

  Sekiranya hasil karya itu berbeza dengan hasil karya yang lain, maka sastera tersebut dianggap telah melakukan banyak penyelewengan  dan penyimpangan daripada tradisi dan sumbernya dianggap tidak benar. Konsep pengulangan tema, plot, watak dan lain-lain sudah terbiasa dalam dunia pengarangan Melayu tradisi dan sekiranya diubah, sastera tersebut dianggap janggal dan isinya menyeleweng. Pengarang Melayu tradisi ini juga dianggap seperti seorang yang mencipta atau membuat karangan, dipilih dan disesuaikan untuk menjadi gubahan yang cantik.
  
  Sejarah Melayu sering dijadikan rujukan oleh teks-teks lain dan perkara ini telah mengangkat Sejarah Melayu sebagai Teks Kanon. Sejarah Melayu juga dianggap sebagai “Cermin” iaitu karya-karya Kanon kepada karya “cermin” iaitu karya-karya yang tergolong dalam ruang lingkup Kanon. Karya-karya besar seperti Sejarah Melayu akan meninggalkan pengaruhnya kepada karya-karya yang lain. Sejarah Melayu menjadi “Cermin” atau rujukan utama kepada Hikayat Melayu. Terdapat beberapa faktor yang yang menjadikan Sejarah Melayu sebagai rujukan iaitu faktor utama ialah faktor tarikan dan faktor kedua ialah faktor tolakan. Faktor tarikan yang ada pada Sejarah Melayu telah menjadikan ia sebagai sebuah penarik kepada teks yang lain dari segi isi dan falsafah Sejarah Melayu. Manakala faktor tolakan pula kerana pengaruh konteks sosiologi pengarang itu sendiri yang telah mendorong penulis atau pengarang menjadikan Sejarah Melayu sebagai rujukan.

  Pengulangan yang sering berlaku dalam karya-karya sastera ialah berkenaan dengan, sejarah asal usul, pengembaraan, dan lain lagi. Pengulangan ini mewakili kenyataan, peniruan dan mencontohi kerana perkataan ‘sesuai’ dan ‘patut’ ini mestilah bersesuaian keadaan, tidak melawan arus atau janggal. Sejarah Melayu sebagai sebuah teks rujukan utama kepada pengarang teks Kitab Bustanus-Salatin (abad ke-17), Sejarah Raja-raja Riau (abad ke-19), Keringkasan Sejarah Melayu (1930), Tuhfat al-Nafis (abad ke-19) dan lain-lain. Dalam Hikayat Melayu, ia berfungsi sebagai kesinambungan dengan matlamat pengarang Hikayat Melayu dengan memberikan fokus kepada fungsi Sejarah Melayu untuk mencapai matlamat dan tujuan penulisannya yang tersendiri. Menurut Noriah Taslim (dlm Norazimah Zakaria,2016) mitos dan lagenda adalah dua contoh yang dapat meninggikan kedudukan seseorang dan sering berlaku semacam “combat of prestige”, mitos, lagenda dan motif yang sama akan berulang-ulang dalam teks yang berbeza. Oleh hal itulah, pengulangan sering berlaku kerana ingin mengangkat martabat dan kuasa-kuasa raja. Tambahan pula, penyalinan atau pengarangan tersebut diarah oleh seorang yang bergelar raja.

  Fungsi Sejarah Melayu itu juga untuk memerihalkan susur galur keturunan raja  yang berkuasa dan mempunyai daulat dan bermula dengan tiga beradik di Bukit Si Guntang. Dalam Hikayat Siak, Tuhfat al-Nafis, Kitab Bustanus al-Salatin, Sejarah Raja-raja Riau dan Keringkasan Sejarah Melayu telah menggunakan perkaitan Raja-raja Melayu dengan seperti yang ada dalam Sejarah Melayu, iaitu tentang Iskandar Zulkarnain anak Raja Darab yang berasal dari Makadunia dan mempunyai keturunan yang hebat seperti Raja Suran sehingga muncullah Tiga Beradik di Bukit Siguntang iaitu Nila Pahlawan, Kriysna Pandita dan Nila Utama dan disitulah bermula susur galur Diraja. Cerita asal-usul ini juga digunakan dan dirujuk oleh Runudin al-Raniri semasa menulis fasal 12 bab ii Bustan al-Salatin. Dalam Tuhfat al-Nafis yang ditulis oleh Raja Ali Haji telah menggunakan  peristiwa di sekitar Kerajaan Melayu Melaka-Johor-Riau dari sudut pandangan Raja Ali Haji yang memerihalkan perpindahan kuasa daripada jurai keturunan Sultan Melaka kepada Bendahara. Kemudian turut memfokuskan kepada kedatangan Bugis  dalam politik Melayu Johor-Riau.

  Karya Rakit kulim juga adalah sebuah karya yang menggunakan Sejarah Melayu untuk mengasaskan keturunan Raja-Raja Inderagiri dengan menghubungkan keturunan di Bukit Siguntang dengan cara mendakwa bahawa Putera Gahara ialah Raja Melaka pertama yang memeluk Islam.



  Kesimpulannya, teks Sejarah Melayu  atau Sulalatus Salatin ini sangat memberikan impak yang besar kepada teks-teks “cermin” yang lain. Teks Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin ini menjadi sumber rujukan utama kepada karya-karya sastera yang terhasil selepasnya. Susur galur keturunan diraja juga merupakan perkara atau rujukan utama yang menjadi asas kepada pembinaan hasil sastera kerana sifat pengarang tradisi dahulu yang menganggap ‘repitition’ atau pengulangan sebagai teks yang benar dan sahih.

FUNGSI SEJARAH MELAYU

FUNGSI SEJARAH MELAYU 

Fungsi merupakan perana atau sebagai alat panduan kepada individu,masyarakat dan negara untuk diaplikasikan dan digunakan sebagai rujukan mahupun perbuatan.


Fungsi hiburan
Masyarakat kampung tradisional menjadikan amalan mendengar cerita sebagai satu hiburan. Cerita panji yang dikisahkan dalam bentuk wayang kulit biasanya diringi dengan muzik yang boleh menghiburkan khalayak pendengarnya lebih-lebih lagi bila disampaikan oleh tukang cerita yang berkebolehan. Masyarakat juga terhibur dengan gambaran kecantikan dan kehebatan watak wira dan wirawatinya.

Fungsi provokasi
Kesusasteraan telah digunakan untuk mengagungkan darjat raja-raja yang memerintah dan putera-puteri mereka. Gambaran yang berlebih-lebihan pada watak wira dan wirawati menyebabkan timbulnya rasa kagum pada golongan raja. Akibatnya rakyat akan setia kepada raja dan mereka takut untuk menderhaka kepada raja. Lebih-lebih lagi raja dianggap mempunyai kebolehan yang sangat luarbiasa. Contohnya wira seperti Raden Inu digambarkan sangat handal dalam peperangan.

Fungsi pendidikan/ deduktik/ memberi pengajaran.
Cerita panji boleh menerapkan nilai-nilai murni kepada pendengarnya. Nilai-nilai seperti keberanian, keperwiraan, kasih-sayang di antara suami-isteri, kesetiaan dan kegigihan sangat dipentingkan dalam cerita. Wira dan wirawati biasanya terlibat dalam percintaan yang mendalam. Bagaimanapun biasanya cinta mereka terhalang menyebabkan wira akan berusaha mencari wirawati dengan penuh kegigihan. Dia sanggup berkorban nyawa untuk mencari kekasih atau isterinya itu. Sebarang halangan ditempuhi dengan penuh keberanian dan keperwiraan. Episod sebegini terdapat dalam cerita-cerita panji seperti Hikayat Raja Kuripan, Hikayat Panji semirang dan juga Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma.

Sastera alat penyebaran agama
Cerita panji adalah jelas dari pengaruh Hindu. Konsep-konsep dalam agama Hindu terdapat dalam cerita-cerita panji. Di antara konsep tersebut ialah kewujudan   dewata raya, mengagongkan raja-raja sebagai watak suci, amalan pertapaan, kewujudan kuasa sakti dan ilmu-ilmu hikmat. Dalam cerita Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma, watak wirawati telah menjalani pertapaan. Watak wira yang berusaha mencari wirawati yang hilang telah menggunakan ilmu hikmat dalam penyamarannya sehinggakan mereka tidak dapat dikenali lagi.




LATAR

LATAR
Latar ialah keterangan tentang tempat, waktu, suasana dan masyarakat yang menjadi bukti tentang berlakunya sesuatu peristiwa. Latar berperanan untuk mengembangkan watak dan plot bagi sesebuah karya. Latar dapat dibahagikan kepada empat iaitu-
1. Latar masa.
2. Latar masyarakat.
3. Latar tempat.
4. Latar suasana.
Latar Masa
Latar masa ialah tempoh berlakunya sesuatu peristiwa dalam sesebuah cerita.
Contoh
· Pada waktu pagi – Seri Wakna Wikrama dan Tun Perpatih Pandak masuk menghadap Sultan. (Rujuk MS53)
· Keesokan harinya – Seri Teri Buana yang bersiap sedia untuk melarikan diri. (Rujuk MS33).
Latar Masyarakat
Latar masyarakat ialah keadaan masyarakat pada tempat dan cerita itu berlaku.
Contoh
· Masyarakat dari golongan petani – Wan Empuk dan Wan Malini yang tinggal di kawasan padi huma.
· Masyarakat dari golongan bangsawan – Pembesar-pembesar Melaka seperti Tun Perak, Tun Kudu, Bendahara Seri Nara Diraja dan lain-lain.
· Masyarakat dari golongan diraja – Raja Iskandar Shah, Sultan Mansor dan lain-lain.
· Masyaralat dari golongan pencuri – dapat dibuktikan dengan peristiwa Sultan Alaudin Riayat Shah yang membasmi pencuri.
· Masyarakat Pedagang – dibuktikan melalui kedatangan Pedagang dari Negara luar datang berdagang ke pelabuhan Melaka.
Latar Tempat
Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam sesebuah karya.
Contoh
· Singapura – peristiwa Singapura dilanggar Todak
· Kerajaan Khida Hindi  - Raja Iskandar Zulkarnain mengahwini anak Raja Kida Hindi.
· Melaka – peristiwa pembukaan kota Melaka
· China – Peristiwa Raja China terkena Tulah
· Pahang – Peristiwa Tun Teja yang dilarikan ke Melaka
· Gunung Ledang – Peristiwa Peminangan Puteri Gunung Ledang.
Latar Suasana
Latar Suasana ialah suasana yang terdapat pada tempat berlakunya peristiwa dalam sesebuah karya.

NILAI

PEMIKIRAN
Pemikiran berasal daripada perkataan arab yang membawa makna berfikir atau lebih dikenali sebagai proses pemikiran. Proses pemikiran ini melibatkan pada bahagian otak kerana otak berfungsi untuk mengawal segala pergerakan atau apa-apa jua yang melibatkan pergerakan dan akitiviti pemikiran. Terdapat enam aspek pemikiran iaitu keagamaan, politik, pendidikan, nilai, ekonomi, dan budaya.
Keagamaan
Keagamaan adalah sifat-sifat yang terdapat dalam agama atau segala sesuatu mengenai agama, misalnya perasaan keagamaan, atau soal-soal keagamaan.
Contoh
· Kedatangan Islam ke Melaka. Raja Kecil Besar (Sultan Muhammad Shah) yang mendapat mimpi pada malam harinya tentang kedatangan kapal dari Jeddah akan berlabuh di Melaka.
· Sultan Muhammad Shah juga mendapati badannya berbau wangian narawastu dan baginda juga sudah dikhatankan. (Rujuk MS71-74)
Politik
Kamus dewan edisi ke- 4 mendefinisikan politik sebagai sebagai ilmu pengetahuan berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan Negara.
Contoh
· Pentadbiran – Sultan Mansor Shah menjalinkan hubungan diplomatik.
- Sultan Alaudin Riayat Shah yang membasmi pencuri.
· Peraturan dan Undang-undang – Sultan Muzaffar Shah menitahkan untuk membuat Kitab Perundangan.
Pendidikan
Menurut John Dewey (1916: 45-46) pendidikan merupakan suatu proses pengalaman. Hal ini kerana kehidupan merupakan pertumbuhan, maka pendidikan bererti membantu pertumbuhan batin manusia tanpa dibatasi oleh usia.
Pendidikan juga diertikan sebagai usaha untuk mencapai penentuan diri dan tanggungjawab (Mochtar Buchori, 1994: 15).
Contoh
· Melaka sebagai tempat menimba ilmu setelah kedatangan Islam dengan kehadiran ulama-ulama dari Tanah Arab seperti Makhdum Saiyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, dan lain-lain lagi.
· Sultan menjadi pemangkin kepada budaya ilmu. Sultan Mansur Shah yang berguru dengan Maulana Abu Bakar dalam ilmu agama dan mengutus permasalahan agama ke Pasai.
· Melaka muncul sebagai pusat ilmu Islam apabila kitab Darul Manzum karya Syeikh Abu Ishaq di bawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar.

Nilai moral dan budi
Moral bermaksud ajaran atau pegangan yang berkaitan dengan buruk baik sesuatu perbuatan, kelakuan atau akhlak.
Moral merangkumi tingkah laku ke arah positif serta diterima masyarakat.
Moral merangkumi sifat luhur – baik hati, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, kejujuran, kerajinan, semangat bermasyarakat dan sebagainya lagi.
Contoh
· Amanah – amanah adalah satu hak dan tanggungjawab yang diutus kepada seseorang sama ada daripada Allah dan juga manusia. Tun Mamat dan Sang Setia menjalankan amanah yang disampaikan oleh Sultan Mahmud untuk meminang Puteri Gunung Ledang.
· Dedikasi – dedikasi ialah pengorbanan tenaga, ketekunan dan kesungguhan dalam menjalankan tugas. Sultan Alaudin Riayat Shah yang yang tekun menjalankan tugas baginda untuk membasmi pencuri.
Ekonomi
Ekonomi didefinisikan sebagai segala hal yang bersangkutan dengan penghasilan, pembahagian dan pemakaian barang-barang dan kekayaan (keuntungan).
Abraham Maslow (1970: 27), ekonomi adalah salah satu bidang pengkajian yang mencuba untuk menyelesaikan masalah keperluan asas kehidupan manusia melalui penggemblengan segala sumber ekonomi yang ada dengan berasaskan prinsip serta teori tertentu dalam suatu sistem ekonomi yang dianggap efektif dan efisien.
Contoh
· Pertanian- diakitkan dengan peristiwa di Bukit Siguntang yang merupakan kawasan perhumaan.
· Perdagangan- para pedagang yang datang jauh singgah ke Melaka untuk berdagang.
· Sara diri- penanaman pertanian yang ditanam oleh masyarakat untuk mereka sendiri.
Budaya
Budaya merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar.
Contoh
· Masyarakat dari golongan petani – Wan Empuk dan Wan Malini yang tinggal di kawasan padi huma.
· Masyarakat dari golongan bangsawan – Pembesar-pembesar Melaka seperti Tun Perak, Tun Kudu, Bendahara Seri Nara Diraja dan lain-lain.
· Masyarakat dari golongan diraja – Raja Iskandar Shah, Sultan Mansor dan lain-lain.
· Masyaralat dari golongan pencuri – dapat dibuktikan dengan peristiwa Sultan Alaudin Riayat Shah yang membasmi pencuri.
· Masyarakat Pedagang – dibuktikan melalui kedatangan Pedagang dari Negara luar datang berdagang ke pelabuhan Melaka.

NILAI
Nilai Masyarakat
masyarakat ialah keadaan masyarakat pada tempat dan cerita itu berlaku.
Contoh
· Masyarakat dari golongan petani – Wan Empuk dan Wan Malini yang tinggal di kawasan padi huma.
· Masyarakat dari golongan bangsawan – Pembesar-pembesar Melaka seperti Tun Perak, Tun Kudu, Bendahara Seri Nara Diraja dan lain-lain.
· Masyarakat dari golongan diraja – Raja Iskandar Shah, Sultan Mansor dan lain-lain.
· Masyaralat dari golongan pencuri – dapat dibuktikan dengan peristiwa Sultan Alaudin Riayat Shah yang membasmi pencuri.
Masyarakat Pedagang – dibuktikan melalui kedatangan Pedagang dari Negara luar datang berdagang ke pelabuhan Melaka.
Nilai Kemanusiaan
Kemanusiaan  bermaksud hal-hal mengenai manusia atau sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia itu meliputi hal-hal yang baik dan murni iaitu sifat yang dituntut sebagai suatu yang seharusnya dimiliki oleh seorang yang bernama manusia kerana kelebihan kejadian sifat manusia yang dianugerah akal dan budi disamping nafsu. Kemanusiaan juga dilihat dari sudut sifat-sifat yang berlawanan atau bertentangan atau sesuatu yang jahat dan buruk.
Contoh
· Sifat bertimbangrasa atau diplomasi - Raja Iskandar Zulkamain sewaktu menyerang Neged Kida Hindi telah bedaya menawan negeri tersebut. Raja Kida Hindi telah dilslamkan, begitu juga dengan segala pembesar dan rakyatnya. Puteri Raja Kida Hindi telah di Islamkan dan dijadikan isterinya. Tindakan Raja Iskandar jelas mengandungi nilai-nilai kemanusiaan yang sangat mulia kerana pada kebiasaannya dalam peperangan, negeri yang kalah bermakna rajanya terpaksa turun takhta. Tetapi kerana kemanusiaan, Raja Iskandar terus "membenarkan" Raja Kida Hindi memerintah dan membimbing baginda kepada agama yang diredhai.
· Keputusan yang dibuat oleh Sultan Muzaffir Syah menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu adalah suatu tindakan yang amat diplomasi bagi menyelesaikan per sengketaan dua orang pembesar yang berpengaruh di Mela ka waktu itu. Sifat timbangrasa Sultan yang sekaligus me ngorbankan kepentingan diri demi untuk keutuhan keraja an dibawah pemerintahannya itu telah membawa suatu kejayaan yang amat besar dalam survival politik Melaka seterusnya. Kerana hasil daripada sifat bagindalah telah mententeramkan pergolakan dalaman yang seterusnya memberi kekuatan dan kesatuan di kalangan pembesar dan pengikut daripada kedua belah pihak (pihak Tun Perak dan pihak Seri Nara Diraja). Malah dengan keputusan yang penuh di plomasi itu juga telah memberi "laluan" kepada seorang tokoh pembesar yang sangat berkelibar iaitu Tun Perak un tuk menduduki tempat Bendahara. Dan ini jelas terbukti daripada peranan yang disumbangkan oleh Bendahara Pa duka Raja Tun Perak sewaktu memegang jawatan tersebut.

Nilai Keagamaan
Keagamaan adalah sifat-sifat yang terdapat dalam agama atau segala sesuatu mengenai agama, misalnya perasaan keagamaan, atau soal-soal keagamaan.
Contoh (Keimanan dan Ketakwaan)
· Raja dan pembesar Melaka menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama yang datang dari Judah. Sultan Mahmud dan Bendahara Seri Maharaja pemah belajar agama pada Makhdum Sadar Jehan.
·  Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffir Syah telah, melaksanakan hukuman mengikut Islam iaitu hukuman potong tangan kepada mereka yang me­lakukan kesalahan mencuri.
· Raja-raja Melaka memerintah dengan penuh adil dan saksama sebagai suatu tuntutan sifat-sifat yang mulia, ter­puji di sisi agama Islam.
Nilai Moral
Moral bermaksud ajaran atau pegangan yang berkaitan dengan buruk baik sesuatu perbuatan, kelakuan atau akhlak.
Moral merangkumi tingkah laku ke arah positif serta diterima masyarakat.
Moral merangkumi sifat luhur – baik hati, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, kejujuran, kerajinan, semangat bermasyarakat dan sebagainya lagi.
Contoh
· Memberi nasihat dan Pengajaran – dibuktikan dengan wasiat yang diturunkan oleh Sultan Riayat Shah iaitu Wasiat padapembesarnegeri ; Jikalau suatu khilap bebalnya, sangat-sangat maaf sekalian akan dia, dan tegur ajar, kerana ia lagi budak."
- Wasiat pada Raja Muhammad ; hendaklah banyak‑banyak ampun mu akan segala hamba sahayamu, dan baik‑baik peliharamu akan dia,jikalau datang kepadamu dua pekerjaan, yakni pekerjaan Allah dengan pekerjaan dunia, maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah, tinggal­kan pekerjaan dunia, hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu ke hadrat Allah Taala. Dan segala anak Melayu, bagaimana besar dosanya, jangan kamu bunch, melainkan dosanya derhaka; kerana segala Melayu itu tanahmu, Jikalau kaubunuh ia dengan tiada dosanya,
- bahawa kerajaanmu binasa."

TEMA DAN PERSOALAN


TEMA & PERSOALAN
Apa itu tema?
Tema ialah idea dan dasar dalam sesebuah cerita atau puisi yang menjadi keutamaan atau pandangan utama dalam sesebuah karya.
CONTOH
Tema dalam karya Sulalatus Salatin ini ialah politik. Kamus dewan edisi ke- 4 mendefinisikan politik sebagai sebagai ilmu pengetahuan berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan Negara. Karya Sulalatus Salatin edisi selenggara A. Samad Ahmad ini bertemakan politik kerana penulis asal iaitu Tun Seri Lanang diarahkan untuk menulis Sejarah Melayu oleh Sultan Abdullah untuk memberikan panduan dan pengajaran kepada pewaris pemerintah dan juga rakyat supaya mereka tidak mengulangi kesilapan yang berlaku pada zaman tersebut. Karya ini juga menekankan tentang sistem pentadbiran Negeri Melaka pada ketika itu. Unsur-unsur politik yang diterapkan ialah seperti nasionalisme, peraturan dan undang-undang, kepimpinan dan ekonomi. 
Unsur-unsur nasionalisme –
· Mempertahankan Negara daripada serangan musuh – contohnya serangan daripada Siam untuk menyerang Melaka. Tun Perak menggunakan kebijaksanaannya untuk mempertahankan Melaka dengan memasang pelita pada setiap pokok untuk mengaburi pihak Siam.
· Membina nama baik Melaka dengan menjalin hubungan diplomatik – Sultan Mansur Shah menjalin hubungan diplomatic dengan empat buah Negara iaitu Sulawesi, Siam, Majapahit, dan China.
· Taat setia kepada Raja dan Negara – dapat dibuktikan dengan sikap dan tingkah laku rakyat. Contohnya semasa pengislaman Sultan Muhammad Shah (Raja Kecil Besar), rakyat turut memeluk Islam kerana Sultan mereka sudah memeluk Islam. Begitu juga dengan kesetiaan Hang Tuah yang sanggup membunuh Hang Jebat atas arahan Sultan Mahmud.
Unsur-unsur peraturan dan undang-undang.
· Perjanjian atau waadat antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana. (Rujuk MS25)
· Apabila kerajaan Melaka ditubuhkan dan agama Islam samoai ke Melaka. (Rujuk MS75,80)
· Sultan Muzaffar Shah yang menaiki takhta menyuruh untuk membuat kitab undang-undang. (Rujuk MS86-87)
Unsur-unsur Pentadbiran.
· Kepimpinan – Sultan Muzaffar sanggup berkorban demi Negara dengan menceraikan isterinya Tun Kudu supaya Melaka mencapai kesejahteraan dan makmur
· Sultan Alaudin Riayat Shah yang dikenali sebagai Sultan berjiwa rakyat. Baginda menyamar seperti orang biasa pada suatu malam dan berjaya membasmi kes kecurian.
Unsur-unsur ekonomi.
· Pertanian- diakitkan dengan peristiwa di Bukit Siguntang yang merupakan kawasan perhumaan.
· Perdagangan- para pedagang yang datang jauh singgah ke Melaka untuk berdagang.
· Sara diri- penanaman pertanian yang ditanam oleh masyarakat untuk mereka sendiri.
Apa itu persoalan?
Persoalan merupakan perkara yang berkaitan dengan tema dalam sesebuah karya. Persoalan ini membangkitkan unsur-unsur atau penceritaan yang terdapat dalam sesebuah karya. Terdapat pelbagai persoalan yang boleh ditekankan dalam sesebuah karya dan tidak terikat seperti tema yang hanya mempunyai satu tema dalam sesebuah karya.
Contoh
· Kesetiaan Hang Tuah kepada sultan -  Sifat taat setia itu terserlah semasa beliau dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mansur Syah  atas tuduhan yang belum dibuktikan kebenarannya. Beliau langsung tidak menentang hukuman tersebut sebaliknya menerimanya dengan penuh taat. Beliau bernasib baik kerana hukuman itu tidak dilaksanakan oleh Seri Nara Diraja. Apabila Hang Jebat menimbulkan keadaan huru-hara di Melaka, Hang Tuah telah dipanggil semula oleh Sultan Mansur. Hang Tuah tidak menggunakan kesempatan itu untuk membalas dendam pada sultan, sebaliknya berbekalkan sikap taat setianya, beliau bersedia membunuh Hang Jebat yang merupakan sahabat karibnya.

· Kebijaksanaan pemimpin (Sultan Alau’din) - Kebijaksanaan dan keberanian baginda terserlah menerusi tindakannya menyamar sebagai pencuri pada suatu malam. Semasa menyamar itu, baginda memperlihatkan keberaniannya dengan menghambat kelima-lima pencuri yang bertembung dengannya dan berjaya membunuh dua daripadanya.

· Kezaliman pemimpin - Sultan Mahmud Syah merupakan sultan yang bernafsu tinggi terhadap wanita serta banyak membunuh orang yang dimusuhinya. Baginda telah membuat hubungan sulit dengan Tun Dewi dan telah membunuh Tun Ali Sandang. Baginda juga telah merampas Tun Teja daripada tunangannya; Sultan Abdul Jamal hingga menyebabkan Sultan itu membawa diri ke hulu Pahang. Baginda juga tergamak membunuh Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang juga bapa saudaranya hanya semata-mata mahu memiliki Tun Fatimah yang telahpun bernikah dengan Tun Ali.

· Pelanggaran waadad - Tuan Jana Khatib telah menilik sebatang pohon pinang gading hingga terbelah dua dengan menggunakan ilmu khayalillah dihadapan permaisuri Singapura. Perbuatan tersebut menimbulkan kemurkaan Paduka Seri Maharaja kerana menyangka Tuan Jana Khatib ingin menggodanya isterinya menyebabkan Tuan Jana Khatib dibunuh. Akibat kezaliman baginda, Singapura telah diserang ikan todak. Ramai rakyat jelata yang mati akibat serangan itu. Peristiwa itu menggambarkan bahawa raja tidak boleh menzalimi rakyat dan menjatuhkan hukuman hanya berdasarkan perasaan semata-mata.
 SIAPA TUN SERI LANANG ??
Tun Sri Lanang


Latar Belakang
Tun Sri Lanang adalah nama timang-timangan yang diberikan kepada Tun Muhammad, anak Tun Ahmad Paduka Raja yang merupakan seorang Bendahara Kerajaan Johor pada kurun ke-17 Masihi. Beliau telah dilahirkan di Bukit Seluyut, Batu Sawar, Johor pada tahun 1565. Beliau adalah Bendahara Johor pada ketika itu dan setelah Johor kalah dalam peperangan dengan Aceh yang pada ketika itu diperintah oleh Sultan Iskandar Muda Aceh. Beliau kemudiannya telah dibawa ke Aceh pada tahun 1613 dan telah menetap di negeri Samalanga. Pada ketika itu, ramai bangsawan dan rakyat Johor yang mengikut beliau ke Aceh dan dikatakan seramai ribuan orang yang mengikut beliau ke sana. Sultan Iskandar Muda telah melantik beliau sebagai penasihat utama Baginda dan diberi delaran ‘Orang Kaya Datuk Bendahara Seri Paduka Tun Seberang’. Beliau telah mendirikan pusat penyebaran agama Islam dan pendidikan terutamanya di negeri-negeri pesisir timur Aceh. Beliau kemudiannya telah di angkat menjadi raja di negeri Samalanga pada tahun 1615. Beliau telah mangkat pada tahun 1659 di Lancok dan telah dimakamkan di sana. Pada waktu itu, beliau telah berjaya menjadikan negeri Samalanga sebagai sebuah pusat penyebaran agama Islam di timur Aceh dan sehingga kini pun kawasan tersebut masih lagi menjadi tumpuan bagi sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu agama.

  Tun Sri Lanang sangat dikenali oleh kerana karyanya iaitu Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)yang merangkumi pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei, Patani dan Campa. Kebenaran tentang beliau sebagai penulis asal atau sekadar penyunting kitab tersebut tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun menurut Syeikh Nuruddin al-Raniri dalam susunan Suzana Othman, 2008telah memperakukan Tun Sri Lanang sebagai pengarang dan penyusun Sulalatus Salatin kerana beliau kenal rapat dengan Tun Sri Lanang. Kitab tersebut telah dapat disiapkan penulisan dan penyuntingannya oleh Tun Sri Lanang dalam masa dua tahun iaitu pada tahun 1614 selepas tarikh penulisannya yang dimulai pada tahun 1612 Masihi. Sulalatus Salatin adalah diperakui sebagai satu sumber terkaya dan lengkap yang menceritakan tentang sejarah bangsa-bangsa di Nusantara.


Mengarang Sejarah Melayu
  Tun Sri Lanang mula mengarang karya Sulalatus Salatin bermula pada tahun 1612 dan lebih terkenal sebagai pengarang dan penyusun Sejarah Melayu di samping jawatannya sebagai Bendahara Kerajaan Johor. Beliau disifatkan sebagai seorang yang kreatif, berpengetahuan luas dalam aspek penggunaan gaya bahasa dan penulisan, peraturan dan adat istiadat Melayu. Karya terunggul beliau ini berkait rapat dengan Sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan karya tersebut seringkali dijadikan rujukan sejarah bagi mengkaji peradaban Tamadun Islam Beraja. Karya Sulalatus Salatin yang merangkumi pelbagai aspek penceritaan menjadikan ianya sebagai sumber rujukan utama tentang kebudayaan dan ketamadunan masyarakat Melayu awal.

            Karya ini juga dianggap sebagai karya yang begitu indah dan menarik dari segi gaya bahasa dan persuratannya. Kandungannya yang meliputi unsur kelucuan, kebijaksanaan, sindiran, perlambangan, peribahasa, bidalan, pantun seloka, dan gurindam yang dikarang dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Arab, Jawa dan lain-lain dengan begitu teliti dan kemas. Namun, ia juga tidak terlepas daripada ‘Polemik Sejarah’ kerana naskhah tersebut didakwa bukan naskhah asal karangan Tun Sri Lanang tetapi kandungannya adalah daripada Hikayat Melayu yang diberikan oleh Tun Bambang Sri Narawangsa, anak Sri Askar Raja, Patani. Hikayat itu dikatakan telah dikarang dan disusun semula oleh Tun Sri Lanang atas titah Raja Abdullah, iaitu adinda Sultan Alauddin Riayat Shah III yang akhirnya menjadi Sulalatus Salatin. Sejarah penting berkaitan arahan dan galakan oleh Raja Abdullah kepada Tun Sri Lanang untuk menulis dan mengarang tentang Sejarah Melayu ada tercatat dalam kitab tersebut sebagai mukadimahnya. Dengan titah Raja Abdullah tersebut, dapat disimpulkan bahawa penulisan kitab Sulalatus Salatin telah dimulakan pada 12 Rabiul Awal 1021 Hijrah bersamaan Mei 1612 ketika itu Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja.

            Karya Sulalatus Salatin ini juga cuba dinafikan oleh sesetengah pihak tentang penulis sebenarnya termasuk seorang penulis barat iaitu R. O. Winstedt. Namun, pendapat beliau di bantah oleh ramai sarjana tempatan dan luar Negara. Menurut Teuku Iskandar dalam bukunya Kesusasteraan Melayu Klasik Sepanjang Abad berkata bahawa Tun Sri Lanang bukan penulis asal Sulalatus Salatin. Walaupun begitu, menurut beliau berdasarkan penyelidikan-penyelidikan yang dibuat menunjukkan bahawa penyalin naskhah Melayu itu bukanlah penyalin dalam erti kata yang sebenarnya seperti mana yang berlaku di Bali. Penyalin juga boleh dianggap pengarang kerana banyak memperbaiki kesalahan dan menambah sebarang kekurangan dalam karya, mengurangkan apa yang dirasakan lebih, serta mengubah struktur dan gaya bahasa karya asal bersesuaian dengan keadaan pada zaman itu. Jika dilihat semula pada mukadimah yang ditulis  oleh Tun Sri Lanang dalam kitab Sulalatus Salatin, Teuku Iskandar berpendapat bahawa Tun Sri Lanang bukan sekadar penyalin bahkan merupakan penulis asal karya tersebut.

            Syeikh Nuruddin al-Raniri juga turut menjadikan Sejarah Melayu sebagai rujukan utama dalam penulisan karyanya iaitu Bustanatus Salatin (Taman Raja-raja) yang ditulis pada tahun 1637-1641. Beliau merupakan seorang ulama, penulis terkenal di Nusantara dan juga sahabat akrab Tun Sri Lanang, turut memetik banyak perkara daripada Sejarah Melayu, Bab II fasal 12 yang berbunyi seperti berikut:

            “Kata Bendahara Paduka Raja Tun Sri Lanang yang mengarang kitab misrat Sulalatus Salatin, ia mendengar daripada bapanya, ia mendengar daripada nenek dan datuknya, tatkala ada hijrat al Nabi SAW seribu dua puluh esa, pada bulan Rabiul Awal pada hari ahad, a mengarang hikayat pada menyatakan segala raja-raja kerajaan di negeri Melaka, johor, Pahang dan meyatakan bangsa dan salasilah mereka itu daripada Sultan Iskandar Zulkarnain…”

            Pendapat itu juga disokong oleh penulis buku Sejarah Johor, Buyong Adil yang menyatakan:

            “Tun Sri Lanang selalu berguru daripada ulama terkenal di Aceh seperti Nuruddin al-Raniri, Tun Aceh, Tun Burhat, Hamzah Fansuri, Syeikh Syamsuddin al-Sumaterani. Dengan itu, Syeikh Nuruddin al-Raniri tentu amat mengenali Tun Sri Lanang”.
            Abdul Samad Ahmad juga dalam Sulalatus Salatin versi beliau, turut membangkang pendapat R. O. Winstedt dengan hujah-hujah yang kukuh. Beliau berasa hairan dengan Winstedt yang beria-ia menafikan Tun Sri Lanang sebagai penulis dan penyusun Sulalatus Salatin sedangkan Winstedt sendiri ada menyatakan dalam mukadimah edisinya yang berbunyi:
“…Demikian bunyinya titah Yang Maha Mulia itu, bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara, peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya…..Bendahara yang disebutkan itu tentunya bukan Tun Bambang….”

            Beliau juga menambah, Tun Sri Lanang menulis karya tersebut untuk menggembirakan rajanya , setelah memohon petunjuk daripada Allah SWT dan Syafaat daripada Nabi Muhammad SAW. Maka bermulalah penulisan Sulalatus Salatin atau “Pertuturan Segala Raja-raja” berdasarkan apa yang diceritakan oleh ayahnda datuknya. Oleh itu, sudah tentu karya tersebut dikarang dengan penuh teliti dan berhati-hati oleh Tun Sri Lanang dan padanya karya itu cukup sempurna dari aspek sasteranya.

            Tengku Iskandar dan A. Samad Ahmad juga berpendapat bahawa bukan perkara luar biasa jika seorang Bendahara dapat mengarang hikayat, jika dilihat semula nendanya Tun Isap Misai pernah menulis Hikayat Anak Panah Sedasa. Malah ketokohan dalam bidang penulisan ini juga diwarisi oleh zuriat Tun Sri Lanang contohnya daripada pujangga Riau seperti Raja Ali Haji. Tun Sri Lanang mula menumpukan perhatian dalam pengkajian hasil-hasil kesusasteraan Aceh selepas perang di Batu Sawar pada tahun 1613 apabila beliau ditawan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah III dan dibawa ke Aceh. Oleh sebab itu, beliau mempunyai masa yang panjang untuk mengkaji dan menelaah hasil-hasil karya tersebut. 

            Pada ketika itu juga terdapat beberapa penulis masyhur Aceh seperti Syeikh Shamsuddin Pasai, Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari dan Nuruddin al-Raniri. Persamaan zaman antara Tun Sri Lanang dengan pengarang-pengarang hebat ini dapat dikatakan kemungkinan besar mereka sempat bertukar maklumat dan pendapat antara satu sama lain yang mungkin sedikit sebanyak turut mempengaruhi penulisan beliau. Melihat kepada bukti-bukti tersebut, dapat ditegaskan bahawa Tun Sri Lanang adalah pengarang dan penyusun Sulalatus Salatin dan karya ini seharusnya diiktiraf sebagai karya asal tulisan Tun Sri Lanang dan beliau bukan sekadar penyalin semata-mata. Sungguhpun teks Hikayat Melayu diambil sebahagian daripada kandungannya, namun rujukan bahan, sumber-sumber primer, serta cerita-cerita lisan yang didengar daripada datuk neneknya dan daripada pengalamannya sendiri yang disusun dan digarap mengikut gaya bahasa yang tersendiri dalam pelbagai aspek sastera cukup untuk menjadikan beliau digelar pengarang Sulalatus Salatin yang asli.  

            Tun Sri Lanang seperti yang dikenali adalah seorang sasterawan Melayu yang terkenal pada zaman kesultanan Melayu bersama karya agungnya iaitu Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengarang dan meyusun kembali Hikayat Melayu di atas titah Raja Abdullah pada tahun 1612 dan berjaya menyiapkannya pada tahun 1612. Kepengarangan beliau tidak dapat disangkal lagi dengan wujudnya pelbagai fakta-fakta dan bukti-bukti yang menyokong keaslian dan ketulenan beliau sebagai penulis asal kitab Sulalatus Salatin ini. Kebijaksanaan dan kepintaran beliau dalam ilmu mengarang jelas terpancar dalam karyanya apabila beliau berjaya menyampaikan mesej dan pengajaran melalui kata-kata yang tersusun indah dalam bait-baitnya serta imaginasi lakaran peristiwa yang dilukis indah dalam kitab tersebut. Maka beliau tidak seharusnya dianggap hanya sebagai penyalin Hikayat Melayu bahkan sebagai orang yang mengarang, menulis, memperbaiki dan mempertingkatkan mutu karya awal sehingga terhasilnya karya agung dalam catatan sejarah Melayu yang dikenali umum dengan nama Sulalatus Salatin. Dengan itu terserlahlah ilmu kepengarangan dan persuratan Tun Sri Lanang dalam memartabatkan sejarah kegemilangan masyarakat Melayu seperti yang tercatat dalam karya agungnya itu.

Rujukan
Amad Bahri Mardi, Tun Sri Lanang Tokoh Persuratan Melayu: Koleksi Esei Sejarah. Johor Bahru: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Johor.
Amad Bahri Mardi, Tun Sri Lanang Pengarang atau Penyalin Sejarah Melayu?. Keratan Akhbar Mingguan Wasilah 17-23 Ogos 2008.
Muhammad Haji Salleh, Risalah Tun Sri Lanang.
Prof. Dr. Siti Hawa Haji Salleh, Kepengarangan Tun Sri Lanang.