Monday, May 28, 2018

Versi Sejarah Melayu


SEJARAH MELAYU (MALAY ANNALS)

Kitab paling berharga yang diberi nama Sulalatus Salatin atau lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu ini diketahui dikarang oleh Tun Sri Lanang. Pelbagai sarjana barat tertarik untuk mengkaji karya agung ini seperti Winsted dan Shellebear.Namun hasil kajian terkini mendapati kerja-kerja Tun Sri Lanang sebahagian besarnya berdasarkan hasil karya penulis lain yang lebih lama dan juga manuskrip-manuskrip kuno lainnya.Sejarah Melayu mengandungi pelbagai kisah yang menerangkan pelbagai konflik antara kerajaan-kerajaan Melayu Purba dan juga ada diterangkan mengenai Empayar Melaka.Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu’ayat Syah ibni’l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa.
Di dalam Sejarah Melayu terdapat satu petikan popular yang mengaitkan keturunan raja-raja Melayu adalah berasal dari Iskandar Zulkarnain.Iskandar Zulkarnain di sini kerap terkeliru dengan Alexander The Great dari Macedonia.Sebenarnya tiada siapa pun yang memanggil Alexander The Great sebagai Iskandar Zulkarnain kecuali sesetengah orang yang keliru.Terdapat dua teka-teki di sini.Teka-teki ini muncul apabila diketahui bahawa Tun Sri Lanang hanyalah seorang editor yang mengkompilasi,menyunting serta menyusun manuskrip-manuskrip purba yang telah ada lama sebelum itu.
“… mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa.”

Edisi Sejarah Melayu yang diusahakan oleh Munsyi Abdullah
Edisi bercetak pertama Sejarah Melayu diusahakan oleh Munsyi Abdullah di Singapura.   Butir-butir bibliografi lain mengenai buku ini kurang diketahui umum kerana tidak disebutkan di dalam buku tersebut. Dari kajian salinan foto dan salinan mikrofilem buku ini yang ada di Perpustakaan Universiti Malaya, disertakan dengan beberapa butir maklumat dan keterangan dari sumber-sumber lain, dapatlah kita mengolahkan suatu gambaran yang lebih jelas lagi lengkap mengenai latar belakang penerbitannya. Kajian ini juga bertujuan menyatakan bahawa tarikh percetakan buku ini yang sebenarnya bukanlah 1831 tetapi sepuluh tahun kemudian, laitu 1840 atau 1841. 
Edisi Pertama Singapura
·         Dipercayai diterbitkan oleh Abdullah b.Abdul Kadir Munsyi dalam tahun 1831. Diterbitkan semula di Leiden 1884 oleh Prof. A Teeuw dan Situmorung di dalam tulisan rumi di Jakarta/Amsterdam 1952.
Edisi Dulaurier
·         Di Paris pada tahun 1849 sehingga 1856

Edisi R.O Winstedt
·         Berdasarkan naskah Raffles no.18 dalam JMBRAS,VXI, Bahagian 3, 1938.

Datuk Madjoido
·         Dalam tulisan Jawi, mempunyai dua jilid. Ianya telah diterbitkan di Jakarta pada tahun 1959.

                                 

Edisi  Shellabear
·   Edisi ini diedit oleh W.G. Shellabear. Seorang yang berminat terhadap bahasa dan kebudayaan Melayu.
· Edisi Shellabear diterbitkan pertama kalinya dalam tulisan jawi 1896. Terbitan dalam tulisan Rumi pada tahun 1898. Dikeluarkan dalam dua jilid. Kemudian disatukan dalam satu jilid sahaja pada tahun 1948.


SEJARAH MELAYU YANG DISELENGGARA OLEH A.SAMAD AHMAD




Teks terjemahan pertama ke Bahasa Inggeris oleh John Leyden
Teks Sulalat al-Salatin atau lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu mengandungi cerita mengenai kebangkitan dan kejatuhan Kesultanan Melaka dan berkemungkinan telah ditulis pada pertengahan abad ke-16. The Sulalat al-Salatin atau dikenali sebagai Sejarah Melayu mengisahkan berkenaan kebangkitan dan kejatuhan Kesultanan Melaka yang berkemungkinan ditulis sekitar pertengahan abad ke-16. Naskhah ini merupakan teks terjemahan pertama ke Bahasa Inggeris oleh John Leyden (1775 – 1811) yang diterbitkan selepas kematiannya pada 1821. John merupakan pemuisi Scotland yang mempunyai kebolehan menguasai pelbagai bahasa. Beliau mula menunjukkan minat untuk mendalami Bahasa Melayu semasa di India, setahun sebelum ketibaannya di Pulau Pinang pada tahun 1805. Ramai sarjana British mengenali teks sastera ini menerusi teks terjemahan yang dibuat John. Tajuk Sejarah Melayu dalam Bahasa Inggeris iaitu “Malay Annals” yang dipelopori oleh John kini diguna pakai secara meluas. 



5 comments:

  1. Baru saya tahu siapa penulis sejarah melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..

      Delete
  2. alhamdulillah ilmu yang bermanfaat. saya suka lah!

    ReplyDelete
  3. Info yg menarik. Sesuai utk pihak yang minat sejarah melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..

      Delete