UNSUR-UNSUR SEJARAH
Sastera sejarah merupakan satu cabang daripada
kesusasteraan Melayu lama yang membicarakan tentang sejarah berbagai-bagai
tempat dan kerajaan di Alam Melayu. Bentuk sastera sejarah terbahagi kepada dua
iaitu bentuk sastera sejarah yang bercorak prosa dan puisi (Dr. Ismail Hamid,
1988:196).
SALASILAH
RAJA-RAJA MELAYU
RAJA ISKANDAR SYAH
RAJA BESAR MUDA
RAJA TENGAH
RAJA KECIL BESAR
(SULTAN MUHAMMAD SYAH)
SULTAN ABU SYAHID (RAJA
IBRAHIM)
SULTAN MUZAFFAR SYAH
(RAJA KASSIM
SULTAN MANSUR SYAH(RAJA
ABDULLAH)
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT
SYAH (RAJA HUSSAIN)
SULTAN AMHMUD SYAH
(RAJA MAMAD@MUHAMMAD)
SULTAN AHMAD SYAH (RAJA
AHMAD)
NAMA-NAMA
TEMPAT SEJARAH
Pembukaan
Negeri Pasai
Nama tempat Samudera yang mengisahkan mengenai sejarah
iaitu lahirnya daripada kewujudan semut yang amat besar. Yusoff Iskandar
mengatakan peristiwa pemberian nama Pasai dari nama seekor anjing, Si Pasai dan
terjumpanya seekor semut besar (samudera) di mana tempat tersebut di panggil
Samudera kemudiannya.
Temasik
digantikan nama Singapura
Berdasarkan nama binatang singa yang amat gagah yang telah
dilihat oleh Nila Utama. Asal usul Singapura dinamakan, adalah kerana
terlihatnya seekor yang maha tangkas lakunya, merah warna tubuhnya, hitam
kepalanya, dan putih dadanya, dan sikapnya terlalu pantas dan perkasa, besar
sedikit daripada kambing randok, kononnya ia adalah binatang singa, maka
dinamakanlah tempat itu sebagai Kota Singa.
Pembukaan
Kota Melaka
Berlakunya peristiwa anjing pemburuan lari terjun ke sungai
dikejar oleh pelanduk putih. Raja sedang berehat di bawah pohon Melaka. Tempat itu
dibuka dan dinamakan sebagai Melaka. Bagindalah raja yang pertama melantik 4
orang menteri untuk berkhidmat di balai, 40 orang bentara dan anak-anak pembesar sebagai
biduanda istana.
TOKOH
BERSEJARAH
Raja Iskandar Zulkarnain adalah watak dan tokoh
bersejarah sebenar Iskandar Agung (Alexendar The Great) dari negeri Mekadonia
(Babylon). Baginda dikatakan pernah menakluk seluruh Asia Tengah dan Timur
Tengah hingga ke Utara India. Raja Suran sebenarnya adalah tokoh bersejarah
Raja Rajendra Chola iaitu seorang raja dari Selatan India yang dibuktikan oleh
sebuah batu bersurat di Tanjore, India yang pernah menakluk beberapa daerah
persisir pantai Semenanju8ng Tanah Melayu hingga ke Selatan ke arah Genggayu
yang sekarannya dipercayai sebagai Hulu Sungai Johor sekarang, lalu mengalahkan
Empayar Srivijaya di sekitar abad ke-11 dan 12 Masihi.
Kedua-dua
tokoh politik dan penakluk agung dalam sejarah awal rantau ini dijadikan satu
bentuk cerita tokoh legenda pada bahagian pendahuluan Sejarah Melayu, tujuannya
untuk mengatakan bahawa raja-raja Melayu merupakan nasab keturunan dari
Iskandar Zulkarnain, tokoh legenda Islam dan Raja Chola, sebagai tokoh legenda
Hindu. Perkara-perkara seperti ini sengaja dimasukkan sebagai alat dan cereka
untuk memperkenalkan raja-raja Melaka dan dari mana asa- usul mereka.
SEJARAH
ADAT ISTIADAT DAN KEBUDAYAAN
Gambaran tentang adat istiadat istana dan masyarakat Melayu
purba di Melaka seperti pantang larang di istana, adat memakai pakaian kuning,
adat menyambut bulan Ramadhan dan lain-lain. Terdapat beberapa adat antaranya
adalah adat yang sebenar-benar adat iaitu adat yang betul-betul berteraskan
islam itu sendiri, tetapi sebelum kedatangan islam banyak dipengaruhi oleh
hindu dan budha, namun apabila islam telah timbul, maka apa yang bertentangan
dengan islam diketepikan.
Yang kedua adalah adat yang diiadatkan iaitu adat yang
berteraskan adat yang sebenar-benar adat. Yang ketiga adalah adat yang teradat
iaitu adat yang dicipta oleh pemimpin itu sendiri iaitu raja. Seterusnya, adat
istiadat iaitu peraturan-peraturan yang biasa dilakukan setiap hari, setiap
ketika yang ada dalam istana dan luar istana. Akhir sekali ialah adat resam
iaitu adat yang diamalkan oleh masyarakat tersebut.
Hubungan individu dalam
kalangan masyarakat turut digambarkan oleh pengarang. Rasa hormat-menghormati
juga terdapat dalam kalangan mereka. Seorang rakyat biasa umpamanya tetap
mematuhi perintah ketua atau pembesar di atasnya. Hal ini digambarkan tatkala
mengetahui bahawa Bendahara Tun Mutahir akan dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah,
pengikut-pengikut beliau cuba menentang pembunuhan ini. Tetapi penentangan
tersebur dilarang oleh Tun Mutahir kerana perbuatan itu disifatkan oleh beliau
sebagai menderhaka kepada Sultan. Pengikut-pengikut ini kemudiannya tidak jadi
menentang.
Masyarakat Melayu begitu kaya dengan budaya dan budi
bahasanya. Hal ini digambarkan oleh Tun Seri Lanang di dalam Sejarah Melayu.
Adat Istiadat diraja juga dikarang oleh Tun Seri Lanang bagi memperlihatkan
kedaulatan Raja-Raja Melayu .Oleh hal yang demikian, Sejarah kebudayaan
masyarakat Melayu turut dipaparkan di dalam Sejarah Melayu bagi tatapan
masyarakat dewasa ini.
UNSUR-UNSUR
ISLAM DALAM SEJARAH MELAYU
PERISTIWA
KEMASUKAN ISLAM.
Penceritaan mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka
telah dimItoskan Di Pasai, Merah Silu diislamkan oleh Fakir Muhammad. Pada
malamnya bermimpi berpandangan dengan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda
menganga mulut. Diludahinya, pada keesokannya badannya berbau narawastu Baginda
dapat membaca al-Quran tanpa diajar, kemudian menukar namanya kepada Sultan
Malikul Salleh.
Di Melaka, Raja Kecil Besar bermimpi
berpandangan dengan keelokkan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda mengucap
dua kalimah syahadat dan meminta Raja Kecil Besar menukar namanya kepada Raja
Muhammad. Keesokan harinya didapati badannya berbau narawastu dan kalam sudah
dikhatankan. Baginda dapat membaca al-Quran.Mimpi baginda menjadi kenyataan
dimana pada waktu asar kapal Syed Abdul Aziz turun ke pantai Melaka dan beliau
bersembahyang di situ.
Tujuan dimitoskan kedatangan Islam ini adalah
bertujuan mengagungkan Islam. Ia memberi gambaran bahawa Islam benar-benar
berkembang di Melaka, bermula di istana Melaka dan terus berkembang di kalangan
rakyat jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam ialah Sultan Muhammad Syah.
Gelaran Sultan digunakan setelah Melaka memeluk Islam.
PENYEBUTAN DAN
PENONJOLAN TOKOH-TOKOH ISLAM
Tokoh Iskandar Zulkarnain adalah pahlawan Islam
yang terkenal gagah berani dalam menaikkan martabat Islam di dunia. Tokoh ini
dikaitkan dengan asal usul keturunan raja Melaka bertujuan untuk menunjukkan
keagungan raja. Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang
terkenal Amir Hamzah Tokoh-tokoh pendakwah Islam, ulama-ulama Islam dari Asia
Barat datang ke Melaka bertujuan mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam
berpusat di istana Melaka.Tokoh-tokoh tersebut seperti : Syed Abdul Aziz
Maulana Abu Bakar Kadi Yusuf Maulana Sadar Jahan Tokoh-tokoh ini diberi
penghormatan dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka. Mereka sangat
berpengaruh terutama dalam soal-soal berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan.
ADAT ISTIADAT DAN PERUNDANGAN
Unsur-unsur
Islam terdapat dalam adat istiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan
Melaka. Ia meliputi : Upacara akad nikah kahwin Perayaan-perayaan hari
kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Korban
Adat-adat seperti berkhatan.
Amalan wasiat menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya, wasiat kepada Raja Ahmad. Juga wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah kepada Sultan Mahmud. Melalui wasiat ini ia terselit serta kaya dengan unsur-unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.
KARYA-KARYA
KESUSASTERAAN ISLAM
Istana Melaka
meyimpan karya-karya sastera Islam seperti pahlawan Islam yang terkenal iaitu
Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah. Hikayat-hikayat ini dibaca
oleh panglima-panglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang
musuh/Peringgi. Penceritaan diselit dengan puisi Arab iaitu syair.
PENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN ILMU KEISLAMAN
Istana digambarkan
sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Contohnya Pasai sebagai pusat
bermuzakarah mengenai ilmu fiqah menikut mazhab Shafie Istana merupakan pusat
pengajaran Islam di mana sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu.
Ulama-ulama,guru-guru agama dan pendakwh berkumpl di istana.
Contohnya Maulana Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka.
Maulana Yusof mengajar tasawuf.
Kitab-kitab agama
seperti Kitab Darul Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar
di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab itu. Utusan Melaka ke
Pasai menyelesaikan masalah-masalah berkait ilmu Islam kerana di Pasai ramai
ulama-ulama berkumpul dan bermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman.
TEKNIK PENULISAN
SULALATUS SALATIN
Mukadimmah dimulai
dengan Bismillahirrahmanir-rahim. Dalam mukadimah juga disertakan ayat-ayat
al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu. Bagi
menjelaskan sesuatu atau sebagai perbandingan,pengarang memasukkan syair dan
bidalan Arab dengan disertakan terjemahannya sekali.
Struktur penulisan menggunakan gaya khutbah. Ini jelas ketika memberi
nasihat yang meleret-leret dalam wasiat. Penggunaan
kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya Syahbandar, alam,
bahara, sahibul hikayat dan lain-lain.
UNSUR-UNSUR KEMANUSIAAN
Sifat-sifat manusia itu meliputi hal-hal yang
baik dan murni iaitu sifat yang dituntut sebagai suatu yang seharusnya
dimiliki oleh seorang yang bernama manusia kerana kelebihan kejadian sifat
manusia yang dianugerah akal dan budi disamping nafsu. Kemanusiaan juga dilihat
dari sudut sifat-sifat yang berlawanan atau bertentangan atau sesuatu yang
jahat dan buruk.
UNSUR-UNSUR KEMANUSIAAN
YANG POSITIF
ADIL DAN SAKSAMA
v Sultan Mansur Syah. Sejarah Melayu menyebut tentang sifat
baginda sebagai; "terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya
lagi murah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada
zaman itu."
v Sultan Alauddin Riayat Syah juga terkenal sebagai seorang
Sultan yang adil dan bertanggungjawab. BaÂginda sanggup menyamar sebagai rakyat
biasa bagi mengetahui sendiri tentang kawalan keselamatan yang dilakukan
oleh pembesar-pembesar negeri dengan tujuÂan mengatasi masalah kecurian di
Melaka.
BERBUDI
BAHASA
v Bendahara Paduka Tun Perak terkenal sebagai seorang yang
berbudi bahasa tinggi. Walaupun ia mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan periÂbadinya
kerana enggan menolong Sultan Zainal Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana
Sultan Pasai itu enggan mengirim "sembah" pada Raja Melaka) tetapi
apabila diÂtanya oleh Raja Melaka, Bendahara tetap memuji-muji kebaikan
peribadi Hang Tuah sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah berasa amat malu dengan
kemuliaan budi BenÂdahara Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah daÂtang
memohon maaf dan sujud di kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara memaafkan Hang
Tuah.
BERJASA DAN BERBAKTI
v Hang Tuah setelah berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah
adalah seorang panglima yang sangat berjasa. Atas kejasaanya yang pernah
dicurahkan kepada rajanya tidak pernah mengenal erti keperitan. SungguhÂpun
beliau telah diperlakukan secara tidak adil oleh Sultan Mansur. Namun sebagai
hamba Melayu yang taat dan berÂpegang teguh pada konsep "pantang
Melayu menderhaka pada rajanya", Hang Tuah tetap berusaha dan
melaksanaÂkan segala titah raja. Dia sanggup membunuh sahabat karib yang telah
dianggap sebagai saudara sendiri demi berbakti pada rajanya, sungguhpun Hang
Jebat menderhaka keÂrana membela kematiannya. Jasa bakti Hang Tuah meÂngembalikan
maruah Sultan Mansur Syah telah mendapat penghargaan daripada Sultan.
NASIHAT
DAN PENGAJARAN
v Nasihat menasihati antara satu dengan yang lain amatlah
dituntut dalam meÂngatur kehidupan agar tidak tergelincir daripada landasan
kemanusiaan yang murni dan abadi. Golongan tua biasanya bertindak sebagai
penunjuk ajar, memberi pengajaran keÂpada yang lebih muda dengan harapan
tindakan yang dilakukan tidak melampaui batas-batas kemanusiaan serta dapat
berlaku adil, tidak menimbulkan masalah atau beban kepada golongan masyarakat
di bawahnya. Unsur nasihat dan pengajaran ke arah kebaikan demi kesejahteraan
hidup amat jelas melalui wasiat-wasiat. Malah jenis wasiat amat kaya dengan
unsur nasihat dan pengajaran.
BERTIMBANG
RASA DAN DIPLOMASI
v Raja Iskandar Zulkamain sewaktu menyerang Negeri Kida
Hindi telah bedaya menawan negeri tersebut. Raja Kida Hindi telah diislamkan,
begitu juga dengan segala pembesar dan rakyatnya. Puteri Raja Kida Hindi telah
di Islamkan dan dijadikan isterinya. Tindakan Raja Iskandar jelas mengandungi
nilai-nilai kemanusiaan yang sangat mulia kerana pada kebiasaannya dalam
peperangan, negeri yang kalah bermakna rajanya terpaksa turun takhta. Tetapi
kerana kemanusiaan, Raja Iskandar terus "membenarkan" Raja Kida Hindi
memerintah dan membimbing baginda kepada agama yang diredhai.
v Keputusan
yang dibuat oleh Sultan Muzaffar Syah menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu
adalah suatu tindakan yang amat diplomasi bagi menyelesaikan perÂsengketaan dua
orang pembesar yang berpengaruh di MelaÂka waktu itu. Sifat timbangrasa Sultan
yang sekaligus meÂngorbankan kepentingan diri demi untuk keutuhan kerajaÂan
dibawah pemerintahannya itu telah membawa suatu kejayaan yang amat besar
dalam diplomasi politik. Hasil daripada sifat bagindalah telah
mententeramkan pergolakan dalaman yang seterusnya memberi kekuatan dan kesatuan
di kalangan pembesar dan pengikut daripada kedua belah pihak (pihak Tun Perak
dan pihak Seri Nara Diraja). Malah dengan keputusan yang penuh diÂplomasi itu
juga telah memberi "laluan" kepada seorang tokoh pembesar yang sangat
berkaliber iaitu Tun Perak unÂtuk menduduki tempat Bendahara. Dan ini jelas
terbukti daripada peranan yang disumbangkan oleh Bendahara PaÂduka Raja Tun
Perak sewaktu memegang jawatan tersebut.
UNSUR-UNSUR
KEMASYARAKATAN
Masyarakat adalah sekumpulan manusia yang secara relative
mandiri, yang secara bersama-sama cukup lama, yang mendiami suatu wilayah
tertentu, memiliki kebudayaan yang sama, dan melakukan sebagian besar kegiatannya
dalam kelompok tersebut.
KEMASYARAKATAN
DALAM MENYAMBUT UTUSAN DARI PASAI DAN HARU.
|
|
| Ceper
dan kerikal dibawa hamba raja dari dalam. Disambut oleh kepala bentara di
kanan dan diletakkan had bendahara.
| Ceper
dan tertampan diberikan pada orang yang membawa surat.
| Surat
dijemput dan selengkap alat kerajaan seperti gendang, serunai, nafiri, payng
putih dua berapit melainkan mendeli.
| Gajah
dikepilkan di hujung belai.
| Surat
disambut oleh hulubalang asal (Kepala bentara yang di kiri).
|
|
ADAT MENJEMPUT TETAMU
|
| Jika
perserian di jemput oleh Orang besar-besar
| Jika
persangan di jemput oleh orang kecil
| Jika
pertuanan di jemput oleh orang sedang.
|
PENGGUNAAN PAYUNG
|
| Payung
kuning untuk anak-anak raja dan orang besar-besar
| Paying
ungu, merah, hijau, untuk sida dan bentara hulu balang
| Paying
biru dan hitam untuk orang bergelar
|
ACARA BERNOBAT
|
| Orang
besar-besar dari kanan gendang
| Orang
kecil-kecil dari kiri gendang
| Orang
yang kena sirih nobat : Bendahara, anak-anak raja, Penghulu bendahari,
Temenggung, Menteri keempat, kadi dan pakeh, Laksamana, Seri Bija Diraja,
Sida yang tua-tua dan sesiapa dikehendaki oleh raja.
|
PERATURAN BERKUNJUNG KE MASJID DI MALAM 27 RAMADHAN
|
| Temenggung
mengepalakan gajah
| Alat
kebesaran kerajaan di bawak ke masjid pada waktu siang
| Raja
berangkat pada waktu malam untuk sembahyang terawih
| Pakaian
raja ke masjid bertelenkung dan berbaju sarung.
|
PROTOKOL SAMBUTAN HARI RAYA
|
| Semua
pembesar masuk kumpul di istana
| Penghulu
bendahari membawa masuk usungan raja
| Gendang
dipalu dan nafiri dimainkan
| Raja
berangkat ke masjid naik usungan.
|
Dalam kemasyarkatan pada zaman sejarah Melayu
terdahulu amat mementingkan peraturan dan protokol dalam majlis pengahadapan Balairung
Seri. Dalam acara nobat dan menjunjung duli. Semasa menyambut kedatangan utusan
dari negara luar dan semasa raja mahu berangkat kemana-mana. Sama ada ketiga
raja mahu ke masjid di hari jumaat, di malam bulan Ramadhan untuk berterawih di
masjid dan juga di hari raya. Semua peraturan ini adalah untuk menjaga
keselamatan raja dan mengagungkan raja. Aktiviti kemasyarakatan berbilang
bangsa dan agama dalam bersatu padu bagi menyempurnakan sesuatu majlis gilang
gemilang apabila melibatkan raja-raja Melayu.
Jika dilihat pada zaman pemerintahan raja-raja
melayu rakyat amat mengangungkan raja dan apabila mempunyai sesuatu majlis atau
sesuatu perkara daripada golongan pembesar sehinggalah rakyat dan hamba biasa di kerah untuk menlakukan setiap
kerja supaya sambutan yang disambut itu meriah buat julungan kalinya oleh itu
masayarakat pada ketika dahulu raja dan rakyat saling bersatu padu akan tetapi
terdapat juga masyarkat di mana Rajanya memegang sistem kuasa veto.
Namun demikian masyarakat pada masa kini telah
berubah apabila dijajah dan menggunakan sistem demokrasi di mana masyarakat
atau rakyat dapat memilih pemimpin yang sesuai dan mampu mentadbir negara.
Alhamdulillah..jarang sekali sy jmpe blog yg ad pengisian tentang sejarah di alam melayu ini..terima kasih
ReplyDeleteterima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..
Delete