SEJARAH MELAYU (MALAY ANNALS)
Kitab paling berharga yang diberi
nama Sulalatus Salatin atau lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu ini diketahui
dikarang oleh Tun Sri Lanang. Pelbagai sarjana barat tertarik untuk mengkaji
karya agung ini seperti Winsted dan Shellebear.Namun hasil kajian terkini
mendapati kerja-kerja Tun Sri Lanang sebahagian besarnya berdasarkan hasil
karya penulis lain yang lebih lama dan juga manuskrip-manuskrip kuno
lainnya.Sejarah Melayu mengandungi pelbagai kisah yang menerangkan pelbagai
konflik antara kerajaan-kerajaan Melayu Purba dan juga ada diterangkan mengenai
Empayar Melaka.Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Yang
diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu’ayat Syah ibni’l Sultan Abdul Jalil
Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara
Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul
Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang
dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa.
Di dalam Sejarah Melayu terdapat
satu petikan popular yang mengaitkan keturunan raja-raja Melayu adalah berasal
dari Iskandar Zulkarnain.Iskandar Zulkarnain di sini kerap terkeliru dengan
Alexander The Great dari Macedonia.Sebenarnya tiada siapa pun yang memanggil
Alexander The Great sebagai Iskandar Zulkarnain kecuali sesetengah orang yang
keliru.Terdapat dua teka-teki di sini.Teka-teki ini muncul apabila diketahui
bahawa Tun Sri Lanang hanyalah seorang editor yang mengkompilasi,menyunting
serta menyusun manuskrip-manuskrip purba yang telah ada lama sebelum itu.
“… mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk
memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari
Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan
Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa.”
|
|||
Edisi Dulaurier
· Di Paris pada tahun 1849 sehingga 1856
|
|||
Edisi R.O Winstedt
· Berdasarkan naskah Raffles no.18 dalam
JMBRAS,VXI, Bahagian 3, 1938.
|
|||
Datuk Madjoido
· Dalam tulisan Jawi, mempunyai dua jilid. Ianya
telah diterbitkan di Jakarta pada tahun 1959.
|
|||
Edisi
Shellabear
· Edisi ini diedit oleh W.G. Shellabear.
Seorang yang berminat terhadap bahasa dan kebudayaan Melayu.
· Edisi Shellabear diterbitkan pertama
kalinya dalam tulisan jawi 1896. Terbitan dalam tulisan Rumi pada tahun 1898.
Dikeluarkan dalam dua jilid. Kemudian disatukan dalam satu jilid sahaja pada
tahun 1948.
|
|||
|
|||
Teks terjemahan pertama ke Bahasa Inggeris oleh John Leyden
Teks Sulalat al-Salatin atau lebih dikenali sebagai Sejarah
Melayu mengandungi cerita mengenai kebangkitan dan kejatuhan Kesultanan
Melaka dan berkemungkinan telah ditulis pada pertengahan abad ke-16. The
Sulalat al-Salatin atau dikenali sebagai Sejarah Melayu mengisahkan berkenaan
kebangkitan dan kejatuhan Kesultanan Melaka yang berkemungkinan ditulis
sekitar pertengahan abad ke-16. Naskhah ini merupakan teks terjemahan pertama
ke Bahasa Inggeris oleh John Leyden (1775 – 1811) yang diterbitkan selepas
kematiannya pada 1821. John merupakan pemuisi Scotland yang mempunyai
kebolehan menguasai pelbagai bahasa. Beliau mula menunjukkan minat untuk
mendalami Bahasa Melayu semasa di India, setahun sebelum ketibaannya di Pulau
Pinang pada tahun 1805. Ramai sarjana British mengenali teks sastera ini
menerusi teks terjemahan yang dibuat John. Tajuk Sejarah Melayu dalam Bahasa
Inggeris iaitu “Malay Annals” yang dipelopori oleh John kini diguna pakai
secara meluas.
|
wah pengetahuan baru. terima kasih
ReplyDeleteterima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..
Deleteterima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteterima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..
Deleteperkongsian yang menarik dan bermanfaat
ReplyDeleteterima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..
DeletePerkongsian ilmu yg bermanfaat.
ReplyDeleteterima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..
Delete