Monday, May 28, 2018

UNSUR-UNSUR TERTENTU DI DALAM SULALATUS SALATIN


UNSUR-UNSUR TERTENTU DI DALAM SULALATUS SALATIN
Terdapat beberapa unsur-unsur tertentu yang terlibat dalam “Sulalatus Salatin” ini. Antaranya ialah unsur pengembaraan, unsur Humor, unsur Mitos, unsur cerita Lagenda, Unsur agama, unsur kemanusiaan dan unsur Sejarah.
 1. UNSUR PENGEMBARAAN

(a)Pengembaraan Raja Iskandar Zulkarnain. 


Baginda berasal daripada Makaduniah yang mengembara hingga ke Timur. Raja Iskandar Zulkarnain ni sangat penting ya adik-adik, kerana melalui bagindalah bermula jurai keturunan Raja-Raja Melayu kita hingga sekarang. Dalam pengembaraan Raja Iskandar Zulkarnain, terdapat beberapa peristiwa yang menjadi bukti pengembaraan baginda.
  • Baginda berjaya menakluk Negeri Hindi dan mengislamkan Raja Khadir Hindi. Baginda kemudian berkahwin dengan Puteri Syahrul
  • Bahriah dengan diwalikan dengan Nabi Khidir.
  • Daripada keturunan terus kepada keturunan Raja Suran. 
  • Keturunan Raja Iskandar Zulkarnain mewarisi kerajaan Kida Hindi.

(b)Pengembaraan Raja Suran


salah satu jurai keturunan Raja Iskandar Shah. Pengembaraan Raja Suran amat penting, kerana melalui pengembaraan inilah lahirlah tiga orang putera yang menjadi susur galur keturunan Raja-raja Melayu. Antara bukti pengembaraan Raja Suran ialah  
  • Raja Suran telah menggembara daripada negeri-negeri utara terus ke Langgiu dan sampai ke Temasik. Baginda kemudiannya meneruskan perjalanan atau pelayarannya terpaksa dibatalkan kerana mendapat tahu bahawa negeri China terlalu jauh berdasarkan tipu helah pembesar China. Kebijakkan pembesar china. 
  • Pengembaran Raja Suran ke laut. Baginda menggunakan peti kaca untuk masuk ke dasar laut hingga baginda tiba di negeri Dika. 
  • Baginda perkahwinan dengan Puteri Mahtubu'l Bahri dan mendapat 3 zuriat keturunan iaitu Nila Pahlawan , Nila Utama Krisyana Pendita. 

(c)Pengembaraan ketiga-tiga orang putera


Setelah meningkat dewasa mereka di hantar ke dunia berdasarkan pesanan Raja Suran.

  • Nila Pahlawan, Kriysna Pandita dan Nila Utama tiba di Bukit Siguntang Mahamiru. 
  • Mereka menaiki lembu putih dari dalam laut hingga ke kawasan perhumaan Wan Empuk dan Wan Malini. 
  • Ketibaan mereka juga telah membuatkan dua beradik Wan Empuk dan Wan Malini menjadi kaya kerana padi mereka bertukar menjadi emas, batangnya menjadi perak dan daunnya menjadi tembaga suasa. Begitu hebat sekali ketiga-ketiga orang putera tersebut. 
  • Terdapat juga peristiwa lembu putih yang dinaiki oleh mereka memuntahkan seorang budak lelaki yang diberi nama Batal. 
  • Terdapat juga perkahwinan Seri Teri buana dengan puteri Raja Palembang dan dilantik menjadi Raja Palembang. 

(d) Pengembaraan Seri Teri Buana ke Tanjung Beremban dan juga Temasik.
  • Semasa mereka menyeberang ke Temasik, Pelayaran mereka terpaksa dihentikan apabila ribut taufan datang melanda. 
  • Mereka berusaha mencampakkan semua barang muatan tetapi taufan tidak berhenti. 
  • Akhirnya mereka membuang mahkota ke dalam laut dan ribut taufan itupun berhenti. 
  • Apabila sampai di daratan mereka menamakan Temasik dengan dengan Singapura berdasarkan binatang yang mereka jumpa menyerupai singa. 

(e) Pengembaraan tentang Raja Iskandar Shah dari Singapura ke Bertam.
  • Pada waktu itu, Raja Singapura terpaksa melarikan diri untuk meyelamatkan diri daripada ditawan oleh Kerajaan Majapahit 
  • Berlaku juga peristiwa bertemu dengan timbunan bangkai biawak dan kota yang buruk dan diberi nama dua tempat tersebut ialah Biawak Busuk dan Kota Buruk. 
  • Berlaku juga peristiwa pembukaan Kota Melaka iaitu kejadian anjing ditendang oleh seekor Pelanduk putih hingga jatuh ke sungai. Lalu terlahirlah Melaka berdasarkan peristiwa tersebut. 

(f) Pengembaraan Tun Perpatih Putih sebagai utusan balasan Raja Melaka ke Negeri China.
  • Contoh peristiwa yang berlaku ialah Tun Perpatih Putih yang menggunakan helah untuk melihat wajah wajah Raja China dengan mengajarkan cara untuk memakan kangkung. 
  • Terdapat juga peristiwa mengubati sakit Kedal Raja China dengan air basuhan kaki Raja Melaka. 

2. UNSUR HUMOR
konteks karya sastera, humor dimaksudkan “semacam kelucuan atau kejenakaan yang dapat menimbulkan gelak ketawa kepada orang yang mendengar atau melihatnya.”

Hashim Awang berkata dalam bukunya “Glosari Mini Kesusasteraan”, Fajar Bakti, 1987, halaman 34 memberi pengertian humor itu sebagai :
“Kelucuan atau kejenakaan yang boleh menimbulkan rasa senang atau keseronokan.”

Peristiwa-peristiwa humor dalam sulalatus salatin


1. Unsur humor yang timbul daripada perlakuan, sikap dan tutur kata yang biasa(ringan) dan membawa kesan lelucon dan geli hati.

  • Contoh peristiwa : (hlmn 145-147) 
  • Sifat dan watak Tun Mai Ulat Bulu yang melucukan 
2. Unsur humor yang bertujuan menunjukkan kekuatan dan kelebihan sesuatu          golongan mengatasi golongan yang lain. 

  • Contoh peristiwa : (hlmn 133) 
  • Utusan Melaka di China : Makan Kangkung tidak dikerat untuk melihat wajah Maharaja China 

3. Unsur humor yang timbul daripada ujian untuk menunjukkan kepandaian mental.
  • Contoh peristiwa : (hlmn 45) 
  • Cedun Pawang Antan menarah licin rambut budak dengan sebilah beliung 

4. Unsur humor yang timbul dari kata-kata yang mengandungi kiasan dan sindiran yang amat tajam.
  • Contoh peristiwa : (hlmn 93) 
  • “Bagaimana maka datuk hendak beristeri, kerana datuk pun sudah tua, bulu mata dan bulu kening telah putih?” 

5. Unsur humor bertujuan merendah-rendahkan kebolehan orang lain dan membawa kesan yang mendalam kepada pihak yang terkena. 
  • Contoh peristiwa : (hlmn 112) 
  • Tun Bijaya Sura disuruh memakai cara Jawa oleh Betara Majapahit 
3. UNSUR LAGENDA

Lagenda ialah jenis cerita rakyat yang mengisahkan tentang satu-satu tokoh, peristiwa atau tempat tertentu yang dipercayai pernah wujud atau berlaku. Oleh itulah penceritaannya bercampur Antara fakta sejarah dengan mitos. (Hashim Awang, Glosari Kesusasteraan, hlm 56)

Mengikut Yusoff Iskandar, Sebuah cerita atau tokoh dianggap lagenda adalah kerana:
 Kisah mengenai keperibadian dan keunggulan dalam peribadi yang dimiliki oleh tokoh-tokoh manusia tertentu yang berkemungkinan pernah hidup dalam sejarah.

  • Tokoh itu kebiasaannya dikaitkan dengan tokoh-tokoh yang ada hubungan dengan kekuatan politik dan agama.
  • Keunggulan tokoh sering dihubungkan dengan watak-watak yang istimewa dan bersifat “supernatural”, gagah, berani, kuat, pintar dan bijak.
  • Tokoh itu pula tersangat masyur dalam sejarah tempatan sesuatu masyarakat.
  • Lagenda dimegahi bahkan kerap juga diteladani oleh masyarakat setempatnya.
  • Menjadi milik seluruh anggota masyarakat.
  •  Masyarakat tempatan percaya bahawa tokoh-tokoh itu wujud atau pernah hidup tanpa mengira sama ada kewujudannya boleh dibuktikan atau tidak

Terdapat fungsinya yang tersendiri, iaitu bertujuan untuk ketangkasan mental dan fizikal orang-orang Melayu. Lagenda ini juga bertujuan untuk menunjukkan kemegahan dan kebesaran Melaka sebagai sebuah politik terbesar di rantau ini menjadi kebanggaan orang-orang Melayu.


4. UNSUR AGAMA (ARAB)

Unsur-unsur keagamaan dalam “Sulalatus Salatin” ini dikaji mengikut aspek-aspek seperti berikut :


1. Kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka
2. Perkembangan Agama di Melaka. Perkembangan ini melalui pembelajaran agama dan Tasawuf oleh Sultan-sultan dan Pembesar Melaka. Mereka ialah
  • Sultan Mansur Shah 
  • Sultan Mahmud Shah 
  • Raja Ahmad 
  • Bendahara Paduka Raja

3. Hubungan Melaka – Pasai

Contoh peristiwa yang terlibat ialah
  • Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah 
  • Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah 
4. Unsur keagamaan ini juga boleh dilihat dari segi karya-karya Kesusasteraan Islam yang terdapat di Melaka.

5. Terdapat juga beberapa tokoh pedagang Arab yang datang ke Melaka:

I. Tun Jana Khatib
II. Maulana Jalalu’din-Din
III. Saidi Arab
IV. Maulana Yusuf
V. Kadi Menawar
VI. Makhdum Sadar Jahan
VII. Maulana Abu Bakar

6. Terdapat juga unsur-unsur wasiat

7. Dalam “Sulalatus Salatin” ini juga terdapat ayat-ayat Al-quran dan hadis, puisi, syair Arab.
8. Teknik penulisan “Sulalatus Salatin” juga menjadi aspek penting pada unsur keagamaan pada zaman Melaka.

5. UNSUR KEMANUSIAAN


Kemanusiaan bermaksud perihal manusia atau membawa makna yang menunjukkan sifat-sifat manusia . sifat-sifat manusia ini meliputi perkara yang baik dan penuh dengan nilai- nilai murni. Ia juga mempunyaisifat yang berlawanan dengan sifat positif seperti sifat negatif yang berkaitan hawa nafsu dan keburukan seseorang.


POSITIF (Berperikemanusiaan) 
Nilai-nilai Murni
Sifat yang menunjukkan kebaikan

NEGATIF (Tidak Berperikemanusiaan) 
Perkara yang mendatangkan keburukan
Sifat kejam, iri hati, hasad dengki dll.

6. UNSUR SEJARAH

Kedatangan islam merupakan peristiwa sejarah. Peristiwa yang benar-benar berlaku mengikut tahun tempat dan waktu dalam fakta sejarah. Ini melibatkan permulaan sebelum dan selepas kedatangan islam di tanah melayu sehingga raja memeluk islam yang dimitoskan.


PERKEMBANGAN AGAMA DI MELAKA : BELAJAR AGAMA


1) SULTAN MANSUR SYAH
Maulana Abu Bakar membawa kitab Darul Mazium ke Melaka (kitab ditulis dalam tiga bahasa)
Sultan memberi sambutan /memuliakan -kitab diarak ke balairiung
Sultan berguru pada Maulana Abu Bakar . terang hati dapat banyak ilmu.


2) RAJA AHMAD
Berguru kepada Makhdum Sadar Jahan (belajar mengaji dan berlagu serta belajar mengenai ilmu agama)
sangat dimuliakan oleh orang-orang istana.


7. UNSUR MITOS


Mitos ialah sejenis cerita rakyat yang mengisahkan tentang manusia atau makhluk dan peristiwa-peristiwa luar biasa yang tidak rasional atau yang tidak dapat diterima oleh akal biasa.


Sesebuah cerita itu dapat digolongkan sebagai cerita metos kerana mempunyai ciri-ciri tersebut :


Cerita tentang asal-usul kejadian sama ada :


a. Asal-usul kejadian makhluk
b. Asal-usul kejadian manusia

c. Asal-usul kejadian tempat

d. Asal-usul kejadian alam


Cerita berkait dengan gejala asal-usul yang dapat memberi jawapan terhadap mengapa sesuatu hal itu berlaku atau terjadi demikian.


Jenis-jenis mitos dalam Sulalatus Salatin


i. Mitos asal-usul keturunan raja-raja

ii. Mitos asal-usul nama tempat atau sesebuah negeri

iii. Mitos asal-usul kedatangan Islam

iv. Mitos berhubung dengan sesuatu peristiwa aneh dan ajaib


Mitos asal-usul nama tempat atau sesebuah negeri

Biasanya pemberian nama tempat dikaitkan dengan binatang-binatang yang tertentu, biasanya binatang yang aneh atau luar biasa. Nama-nama tempat juga dikaitkan dengan benda-benda atau kejadian.


Contoh peristiwa :


Asal-usul Melaka


Nama Melaka sempena dari nama sebatang pokok yang bernama Melaka. Pemberian nama tempat yang dibuka untuk dijadikan negeri itu berkait dengan kejadian ganjil. Raja Iskandar melihat seekor pelanduk putih yang sangat gagah dan berani telah menendang seekor anjing perburuan hingga jatuh ke sungai. Melihat keberanian dan keajaiban pelanduk putih, Raja Iskandar membuka tempat di situ dengan diberi nama Melaka.


Lain-lain nama tempat dan negeri yang dikaitkan dengan cerita mItos ialah Tanjung Batu, Padang Maya, Sungai Bersisik, Kota Buruk dan Biawak Busuk.




2 comments:

  1. Teruskan usaha dalam mengembangkan ilmu sejarah melayu. Bagus informasi dalam blog ini 💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..

      Delete