Wednesday, May 30, 2018

TEMA DAN PERSOALAN


TEMA & PERSOALAN
Apa itu tema?
Tema ialah idea dan dasar dalam sesebuah cerita atau puisi yang menjadi keutamaan atau pandangan utama dalam sesebuah karya.
CONTOH
Tema dalam karya Sulalatus Salatin ini ialah politik. Kamus dewan edisi ke- 4 mendefinisikan politik sebagai sebagai ilmu pengetahuan berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan Negara. Karya Sulalatus Salatin edisi selenggara A. Samad Ahmad ini bertemakan politik kerana penulis asal iaitu Tun Seri Lanang diarahkan untuk menulis Sejarah Melayu oleh Sultan Abdullah untuk memberikan panduan dan pengajaran kepada pewaris pemerintah dan juga rakyat supaya mereka tidak mengulangi kesilapan yang berlaku pada zaman tersebut. Karya ini juga menekankan tentang sistem pentadbiran Negeri Melaka pada ketika itu. Unsur-unsur politik yang diterapkan ialah seperti nasionalisme, peraturan dan undang-undang, kepimpinan dan ekonomi. 
Unsur-unsur nasionalisme –
· Mempertahankan Negara daripada serangan musuh – contohnya serangan daripada Siam untuk menyerang Melaka. Tun Perak menggunakan kebijaksanaannya untuk mempertahankan Melaka dengan memasang pelita pada setiap pokok untuk mengaburi pihak Siam.
· Membina nama baik Melaka dengan menjalin hubungan diplomatik – Sultan Mansur Shah menjalin hubungan diplomatic dengan empat buah Negara iaitu Sulawesi, Siam, Majapahit, dan China.
· Taat setia kepada Raja dan Negara – dapat dibuktikan dengan sikap dan tingkah laku rakyat. Contohnya semasa pengislaman Sultan Muhammad Shah (Raja Kecil Besar), rakyat turut memeluk Islam kerana Sultan mereka sudah memeluk Islam. Begitu juga dengan kesetiaan Hang Tuah yang sanggup membunuh Hang Jebat atas arahan Sultan Mahmud.
Unsur-unsur peraturan dan undang-undang.
· Perjanjian atau waadat antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana. (Rujuk MS25)
· Apabila kerajaan Melaka ditubuhkan dan agama Islam samoai ke Melaka. (Rujuk MS75,80)
· Sultan Muzaffar Shah yang menaiki takhta menyuruh untuk membuat kitab undang-undang. (Rujuk MS86-87)
Unsur-unsur Pentadbiran.
· Kepimpinan – Sultan Muzaffar sanggup berkorban demi Negara dengan menceraikan isterinya Tun Kudu supaya Melaka mencapai kesejahteraan dan makmur
· Sultan Alaudin Riayat Shah yang dikenali sebagai Sultan berjiwa rakyat. Baginda menyamar seperti orang biasa pada suatu malam dan berjaya membasmi kes kecurian.
Unsur-unsur ekonomi.
· Pertanian- diakitkan dengan peristiwa di Bukit Siguntang yang merupakan kawasan perhumaan.
· Perdagangan- para pedagang yang datang jauh singgah ke Melaka untuk berdagang.
· Sara diri- penanaman pertanian yang ditanam oleh masyarakat untuk mereka sendiri.
Apa itu persoalan?
Persoalan merupakan perkara yang berkaitan dengan tema dalam sesebuah karya. Persoalan ini membangkitkan unsur-unsur atau penceritaan yang terdapat dalam sesebuah karya. Terdapat pelbagai persoalan yang boleh ditekankan dalam sesebuah karya dan tidak terikat seperti tema yang hanya mempunyai satu tema dalam sesebuah karya.
Contoh
· Kesetiaan Hang Tuah kepada sultan -  Sifat taat setia itu terserlah semasa beliau dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mansur Syah  atas tuduhan yang belum dibuktikan kebenarannya. Beliau langsung tidak menentang hukuman tersebut sebaliknya menerimanya dengan penuh taat. Beliau bernasib baik kerana hukuman itu tidak dilaksanakan oleh Seri Nara Diraja. Apabila Hang Jebat menimbulkan keadaan huru-hara di Melaka, Hang Tuah telah dipanggil semula oleh Sultan Mansur. Hang Tuah tidak menggunakan kesempatan itu untuk membalas dendam pada sultan, sebaliknya berbekalkan sikap taat setianya, beliau bersedia membunuh Hang Jebat yang merupakan sahabat karibnya.

· Kebijaksanaan pemimpin (Sultan Alau’din) - Kebijaksanaan dan keberanian baginda terserlah menerusi tindakannya menyamar sebagai pencuri pada suatu malam. Semasa menyamar itu, baginda memperlihatkan keberaniannya dengan menghambat kelima-lima pencuri yang bertembung dengannya dan berjaya membunuh dua daripadanya.

· Kezaliman pemimpin - Sultan Mahmud Syah merupakan sultan yang bernafsu tinggi terhadap wanita serta banyak membunuh orang yang dimusuhinya. Baginda telah membuat hubungan sulit dengan Tun Dewi dan telah membunuh Tun Ali Sandang. Baginda juga telah merampas Tun Teja daripada tunangannya; Sultan Abdul Jamal hingga menyebabkan Sultan itu membawa diri ke hulu Pahang. Baginda juga tergamak membunuh Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang juga bapa saudaranya hanya semata-mata mahu memiliki Tun Fatimah yang telahpun bernikah dengan Tun Ali.

· Pelanggaran waadad - Tuan Jana Khatib telah menilik sebatang pohon pinang gading hingga terbelah dua dengan menggunakan ilmu khayalillah dihadapan permaisuri Singapura. Perbuatan tersebut menimbulkan kemurkaan Paduka Seri Maharaja kerana menyangka Tuan Jana Khatib ingin menggodanya isterinya menyebabkan Tuan Jana Khatib dibunuh. Akibat kezaliman baginda, Singapura telah diserang ikan todak. Ramai rakyat jelata yang mati akibat serangan itu. Peristiwa itu menggambarkan bahawa raja tidak boleh menzalimi rakyat dan menjatuhkan hukuman hanya berdasarkan perasaan semata-mata.

2 comments:

  1. Memudahkan pelajar utk memahami intipati yg ingin disampaikan

    ReplyDelete
  2. Salam.. Terima kasih atas perkongsian ilmu... Menerusi penulisan ini ia lebih memudahkan sya untk fham kndgn

    ReplyDelete