LATAR

LATAR
Latar ialah keterangan tentang tempat, waktu, suasana dan masyarakat yang menjadi bukti tentang berlakunya sesuatu peristiwa. Latar berperanan untuk mengembangkan watak dan plot bagi sesebuah karya. Latar dapat dibahagikan kepada empat iaitu-
1. Latar masa.
2. Latar masyarakat.
3. Latar tempat.
4. Latar suasana.
Latar Masa
Latar masa ialah tempoh berlakunya sesuatu peristiwa dalam sesebuah cerita.
Contoh
· Pada waktu pagi – Seri Wakna Wikrama dan Tun Perpatih Pandak masuk menghadap Sultan. (Rujuk MS53)
· Keesokan harinya – Seri Teri Buana yang bersiap sedia untuk melarikan diri. (Rujuk MS33).
Latar Masyarakat
Latar masyarakat ialah keadaan masyarakat pada tempat dan cerita itu berlaku.
Contoh
· Masyarakat dari golongan petani – Wan Empuk dan Wan Malini yang tinggal di kawasan padi huma.
· Masyarakat dari golongan bangsawan – Pembesar-pembesar Melaka seperti Tun Perak, Tun Kudu, Bendahara Seri Nara Diraja dan lain-lain.
· Masyarakat dari golongan diraja – Raja Iskandar Shah, Sultan Mansor dan lain-lain.
· Masyaralat dari golongan pencuri – dapat dibuktikan dengan peristiwa Sultan Alaudin Riayat Shah yang membasmi pencuri.
· Masyarakat Pedagang – dibuktikan melalui kedatangan Pedagang dari Negara luar datang berdagang ke pelabuhan Melaka.
Latar Tempat
Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam sesebuah karya.
Contoh
· Singapura – peristiwa Singapura dilanggar Todak
· Kerajaan Khida Hindi  - Raja Iskandar Zulkarnain mengahwini anak Raja Kida Hindi.
· Melaka – peristiwa pembukaan kota Melaka
· China – Peristiwa Raja China terkena Tulah
· Pahang – Peristiwa Tun Teja yang dilarikan ke Melaka
· Gunung Ledang – Peristiwa Peminangan Puteri Gunung Ledang.
Latar Suasana
Latar Suasana ialah suasana yang terdapat pada tempat berlakunya peristiwa dalam sesebuah karya.

No comments:

Post a Comment