UNSUR-UNSUR TERTENTU DI DALAM SULALATUS SALATIN
|
Terdapat beberapa unsur-unsur tertentu yang terlibat dalam “Sulalatus
Salatin” ini. Antaranya ialah unsur pengembaraan, unsur
Humor, unsur Mitos, unsur cerita Lagenda, Unsur agama, unsur kemanusiaan dan
unsur Sejarah.
|
1. UNSUR PENGEMBARAAN
(a)Pengembaraan Raja Iskandar Zulkarnain. Baginda berasal daripada Makaduniah yang mengembara hingga ke Timur. Raja Iskandar Zulkarnain ni sangat penting ya adik-adik, kerana melalui bagindalah bermula jurai keturunan Raja-Raja Melayu kita hingga sekarang. Dalam pengembaraan Raja Iskandar Zulkarnain, terdapat beberapa peristiwa yang menjadi bukti pengembaraan baginda.
(b)Pengembaraan Raja Suran salah satu jurai keturunan Raja Iskandar Shah. Pengembaraan Raja Suran amat penting, kerana melalui pengembaraan inilah lahirlah tiga orang putera yang menjadi susur galur keturunan Raja-raja Melayu. Antara bukti pengembaraan Raja Suran ialah
(c)Pengembaraan ketiga-tiga orang putera Setelah meningkat dewasa mereka di hantar ke dunia berdasarkan pesanan Raja Suran.
(d) Pengembaraan Seri Teri Buana ke Tanjung Beremban dan juga Temasik.
(e) Pengembaraan tentang Raja Iskandar Shah dari Singapura ke Bertam.
(f) Pengembaraan Tun Perpatih Putih sebagai utusan balasan Raja Melaka ke Negeri China.
|
2. UNSUR HUMOR
konteks karya sastera, humor dimaksudkan “semacam kelucuan atau kejenakaan yang dapat menimbulkan gelak ketawa kepada orang yang mendengar atau melihatnya.” Hashim Awang berkata dalam bukunya “Glosari Mini Kesusasteraan”, Fajar Bakti, 1987, halaman 34 memberi pengertian humor itu sebagai : “Kelucuan atau kejenakaan yang boleh menimbulkan rasa senang atau keseronokan.” Peristiwa-peristiwa humor dalam sulalatus salatin
1. Unsur humor yang timbul daripada perlakuan, sikap dan tutur kata
yang biasa(ringan) dan membawa kesan lelucon dan geli hati.
2. Unsur humor yang bertujuan menunjukkan kekuatan dan kelebihan
sesuatu golongan mengatasi golongan yang
lain.
3. Unsur humor yang timbul daripada ujian untuk menunjukkan kepandaian mental.
4. Unsur humor yang timbul dari kata-kata yang mengandungi kiasan dan sindiran yang amat tajam.
5. Unsur humor bertujuan merendah-rendahkan kebolehan orang lain dan membawa kesan yang mendalam kepada pihak yang terkena.
|
3. UNSUR LAGENDA
Lagenda ialah jenis cerita rakyat yang mengisahkan tentang satu-satu tokoh, peristiwa atau tempat tertentu yang dipercayai pernah wujud atau berlaku. Oleh itulah penceritaannya bercampur Antara fakta sejarah dengan mitos. (Hashim Awang, Glosari Kesusasteraan, hlm 56) Mengikut Yusoff Iskandar, Sebuah cerita atau tokoh dianggap lagenda adalah kerana:
Kisah mengenai keperibadian dan keunggulan dalam peribadi yang
dimiliki oleh tokoh-tokoh manusia tertentu yang berkemungkinan pernah hidup
dalam sejarah.
Terdapat fungsinya yang tersendiri, iaitu bertujuan untuk ketangkasan mental dan fizikal orang-orang Melayu. Lagenda ini juga bertujuan untuk menunjukkan kemegahan dan kebesaran Melaka sebagai sebuah politik terbesar di rantau ini menjadi kebanggaan orang-orang Melayu. |
4. UNSUR AGAMA (ARAB)
Unsur-unsur keagamaan dalam “Sulalatus Salatin” ini dikaji mengikut aspek-aspek seperti berikut : 1. Kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka 2. Perkembangan Agama di Melaka. Perkembangan ini melalui pembelajaran agama dan Tasawuf oleh Sultan-sultan dan Pembesar Melaka. Mereka ialah
3. Hubungan Melaka – Pasai Contoh peristiwa yang terlibat ialah
4. Unsur keagamaan ini juga boleh
dilihat dari segi karya-karya Kesusasteraan Islam yang terdapat di Melaka.
5. Terdapat juga beberapa tokoh pedagang Arab yang datang ke Melaka: I. Tun Jana Khatib II. Maulana Jalalu’din-Din III. Saidi Arab IV. Maulana Yusuf V. Kadi Menawar VI. Makhdum Sadar Jahan VII. Maulana Abu Bakar 6. Terdapat juga unsur-unsur wasiat 7. Dalam “Sulalatus Salatin” ini juga terdapat ayat-ayat Al-quran dan hadis, puisi, syair Arab. 8. Teknik penulisan “Sulalatus Salatin” juga menjadi aspek penting pada unsur keagamaan pada zaman Melaka. |
5. UNSUR KEMANUSIAAN
Kemanusiaan bermaksud perihal manusia atau membawa makna yang menunjukkan sifat-sifat manusia . sifat-sifat manusia ini meliputi perkara yang baik dan penuh dengan nilai- nilai murni. Ia juga mempunyaisifat yang berlawanan dengan sifat positif seperti sifat negatif yang berkaitan hawa nafsu dan keburukan seseorang. POSITIF (Berperikemanusiaan) Nilai-nilai Murni Sifat yang menunjukkan kebaikan NEGATIF (Tidak Berperikemanusiaan) Perkara yang mendatangkan keburukan Sifat kejam, iri hati, hasad dengki dll. |
6. UNSUR SEJARAH
Kedatangan islam merupakan peristiwa sejarah. Peristiwa yang benar-benar berlaku mengikut tahun tempat dan waktu dalam fakta sejarah. Ini melibatkan permulaan sebelum dan selepas kedatangan islam di tanah melayu sehingga raja memeluk islam yang dimitoskan. PERKEMBANGAN AGAMA DI MELAKA : BELAJAR AGAMA 1) SULTAN MANSUR SYAH Maulana Abu Bakar membawa kitab Darul Mazium ke Melaka (kitab ditulis dalam tiga bahasa) Sultan memberi sambutan /memuliakan -kitab diarak ke balairiung Sultan berguru pada Maulana Abu Bakar . terang hati dapat banyak ilmu. 2) RAJA AHMAD Berguru kepada Makhdum Sadar Jahan (belajar mengaji dan berlagu serta belajar mengenai ilmu agama) sangat dimuliakan oleh orang-orang istana. |
7. UNSUR MITOS
Mitos ialah sejenis cerita rakyat yang mengisahkan tentang manusia atau makhluk dan peristiwa-peristiwa luar biasa yang tidak rasional atau yang tidak dapat diterima oleh akal biasa. Sesebuah cerita itu dapat digolongkan sebagai cerita metos kerana mempunyai ciri-ciri tersebut : Cerita tentang asal-usul kejadian sama ada : a. Asal-usul kejadian makhluk b. Asal-usul kejadian manusia c. Asal-usul kejadian tempat d. Asal-usul kejadian alam Cerita berkait dengan gejala asal-usul yang dapat memberi jawapan terhadap mengapa sesuatu hal itu berlaku atau terjadi demikian. Jenis-jenis mitos dalam Sulalatus Salatin i. Mitos asal-usul keturunan raja-raja ii. Mitos asal-usul nama tempat atau sesebuah negeri iii. Mitos asal-usul kedatangan Islam iv. Mitos berhubung dengan sesuatu peristiwa aneh dan ajaib Mitos asal-usul nama tempat atau sesebuah negeri Biasanya pemberian nama tempat dikaitkan dengan binatang-binatang yang tertentu, biasanya binatang yang aneh atau luar biasa. Nama-nama tempat juga dikaitkan dengan benda-benda atau kejadian. Contoh peristiwa : Asal-usul Melaka Nama Melaka sempena dari nama sebatang pokok yang bernama Melaka. Pemberian nama tempat yang dibuka untuk dijadikan negeri itu berkait dengan kejadian ganjil. Raja Iskandar melihat seekor pelanduk putih yang sangat gagah dan berani telah menendang seekor anjing perburuan hingga jatuh ke sungai. Melihat keberanian dan keajaiban pelanduk putih, Raja Iskandar membuka tempat di situ dengan diberi nama Melaka. Lain-lain nama tempat dan negeri yang dikaitkan dengan cerita mItos ialah Tanjung Batu, Padang Maya, Sungai Bersisik, Kota Buruk dan Biawak Busuk. |
SEJARAH MELAYU STPM
UNSUR-UNSUR TERTENTU
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment