SUDUT
  GAYA BAHASA DAN STRUKTUR PENULISAN 
 | 
 |
Mengenai gaya bahasa atau stail penulisan
  Sulaltus Salatin, Yusoff Iskandar berpendapat, “Gaya bahasa Melayu yang indah dan menarik. Sulaltus Salatin dapat
  memperlihatkan ketinggian darjah  dan
  mutu bahasa Melayu klasik…sintaksis Melayu yang terdapat dalam susunan dan
  kalimat ayatnya tidak terpengaruh kepada pola sintaksis bahasa asing.
  Walaupun di sana sini pengaruh bahasa Arab terutamanya struktur penulisannya
  amat jelas kelihatan . Identiti dan nilai kemelayuannya tetap terpelihara.” (Yusoff
  Iskandar dan Abdul Rahman Kaeh, Sejarah Melayu, Satu Perbincangan Kritis dari
  Pelbagai Bidang, hlmn 232) 
 | 
 |
Struktur
  Penulisan Sulalatus Salatin 
 | 
 |
TERPENGARUH
  DENGAN STRUKTUR PENULISAN ARAB-PARSI 
Pengaruh
  ini jelas dari segi adanya : 
                                
  i.           
  Mukadimah : Dimulai dengan : 
Bismillahir-rahmanir-rahim 
Alhamdulillahi
  Rabbil alamin allazi la ila ha illa huwa wa kana fil awwali wala syaiaa
  ma’ahu. Segala puji-pujian bagi Allah, yang tiada Tuhan hanya la, dan
  adalah la pada azal, tiada sesuatu jua pun serta-Nya…(SS,hlmn 1) 
Dalam
  mukadimah disertakan ayat-ayat Al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan
  dalam bahasa Melayu. Struktur penulisan seperti ini adalah teknik yang biasa
  dalam karya-karya Arab-Parsi. 
                              
  ii.           
  Pada tiap-tiap akhir cetera, pengarang akhiri
  dengan ayat :  
Wa’llahu
  a’lamu bi ‘s-sawab, wa ilahi ‘l-marji’u wa ‘l-ma’ab. 
Hanya pada akhir Cetera ke 34 sahaja
  diakhiri dengan ayat : 
Wa’llahu
  a’lam 
 | 
 |
UNSUR-UNSUR
  PENGARUH BAHASA JAWA 
Bahasa Jawa
  digunakan terutama apabila melibatkan dengan watak yang terdiri daripada
  orang-orang Jawa. Penggunaan bahasa Jawa pada watak-watak yang berkenaan
  memberi kesan yang mendalam atau kesan yang begitu “real” bukan sahaja dari
  segi percakapan watak, juga dari segi peristiwa. Peristiwa yang diceritakan
  begitu hidup, walaupun pengarang menulis dalam bahasa Jawa, namun kita boleh
  mengerti makna percakapan tersebut kerana dimasukkan sekali maksudnya dalam
  bahasa Melayu.  
·        
  Episod Patih Adam menculik Tun Minda.
  Orang-orang Patih Adam memberitahu : 
Maka segala anak periai itu pun melawan, habis mati dibunuh orang ;
  serta mati seorang diberitahu oleh penakawannya pada Patih Adam, “Pangeran,
  si anu sampun pejah”. 
Maka sahut Patih Adam, “Dendamene,” ertinya “Biarlah”. 
Dengan demikian keempatpuluhnya habis mati dibunuh orang. Maka
  diberitahu oleh penakawannya pada Patih Adam, katanya, “Punapa karsa andeka
  dening peria’i punika kabeh sampun pejah”. 
Maka sahut Patih Adam, “Dendamene kang sampun pejah ingsun putera
  dalem ikabela nanging peratu”. Ertinya, “Biarnyalah habis mati semuanya, akan
  aku anak orang besar ini pun bela aku padalah”. (SS, Cetera X, hlmn 212) 
 | 
 |
PENGGUNAAN
  PUISI MELAYU TRADISI 
Walaupun
  Sulalatus Salatin merupakan sebuah karangan yang berbentuk naratif (prosa),
  namun pengarang memasukkan juga unsur-unsur sastera yang bercorak non-naratif
  (puisi). Rangkap-rangkap puisi yang dimasukkan pada beberapa tempat yang
  tertentu sewaktu menceritakan sesuatu peristiwa berhasil memberi kesan yang
  lebih mendalam serta berjaya menjelaskan gambaran peristiwa atau watak yang
  hendak ditonjolkan.  
Jenis-jenis puisi yang biasa digunakan
  ialah pantun, gurindam, dan peribahasa. 
a.      Teluk itik dari Singgora, 
Pandan
  tersandar di batang tui ; 
Darahnya
  titik di Singapura, 
Badan
  terhantar di Lengkawi. 
(Sulalatus Salatin, Cetera IV , hlmn
  68) 
Pantun ini
  dinyanyikan orang berkait dengan pembunuhan Tuan Jana Khatib. Ketika dibunuh,
  hanya darahnya sahaja titik di bumi sedangkan badannya ghaib. Dan diceritakan
  orang, badan Tuan Jana Khatib terhantar di Lengkawi dan ditanamkan di sana. 
b.     
  Carek baju dilompati todak, 
Baharu menurut kata budak. 
(Sulalatus Salatin, Cetera IV ,
  hlmn 68) 
Berkait
  dengan episod serangan todak ke atas Singapura. Serangan todak menyebabkan
  ramai rakyat Singapura terkorban kerana awalnya raja menitahkan rakyat
  berkubukan betis. Seorang budak menyarankan agar berkubukan batang pisang,
  apabila todak melompat, jongornya melekat pada batang pisang. Lompatan todak
  amat deras. Sulalatus Salatin menceritakan : 
“Pada
  suatu ceritera pada masa todak itu melompat, datang ke atas gajah Paduka Seri
  Maharaja, kena baju baginda; maka diperbuat orang seloka”. 
(Sulalatus Salatin, Cetera IV , hlmn
  68) 
 | 
 |
PENGGUNAAN
  BAHASA KIASAN 
Bahasa kiasan banyak digunakan oleh pengarang
  Sulalatus Salatin sama ada untuk menerangkan dengan lebih jelas sifat-sifat
  watak, atau lebih-lebih lagi sering digunakan dalam memberi gambaran mengenai
  sesuatu peristiwa. 
                Bahasa
  kiasan ialah “bahasa imaginatif yang
  membawa maksud lain daripada apa yang tertulis. Bahasa ini timbul apabila
  fikiran menghubungkaitkan sesuatu dengan yang lain, iaitu mungkin kerana
  dalam keadaan berhubung dengan pengalaman yang umum ; bertentangan dengan
  sesuatu, atau bersamaan dengan sesuatu hal. Dari situasi pertama mungkin
  terlahir bahasa kiasan : “Kita dapat merasai nasi dari hasil titik peluh para
  petani.” Dari situasi kedua : “Ratap tangis yang boleh merobohkan
  langit”,  dan dari situasi ketiga :
  “Dia kurus macam lidi.” (Hashim Awang,, Glosari Mini Kesusasteraan, 1987,
  hlmn 9) 
Dari itu bahasa kiasan mempunyai dua bentuk iaitu
  : 
a)      Bahasa
  kiasan yang mengandungi makna kiasan, misalnya “hidungnya mancung bagai
  ditaji”. Mancungnya hidung dikiaskan atau dibandingkan dengan taji (tajam). 
b)     
  Bahasa kiasan yang mengandungi makna lurus
  atau makna sebagaimana yang tertulis, misalnya “sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain”. 
Contoh dan Huraian Penggunaan Bahasa Kiasan  
Simile 
·        
  Maka
  rupa senjata seperti hujan yang lebat ; jikalau guruh di langit sekalipun
  tiada kedengaran daripada sangat tempik segala hulubalang, gemerincing bunyi
  segala senjata juga kedengaran. Maka lebu duli pun berbangkit ke udara, siang
  cuaca menjadi kelam-kabutlah seperti gerhana matahari. (Sulalatus Salatin,
  Cetera 1, hlmn 10) 
Perhatikan ayat di atas, iaitu
  bagaimana rupa senjata yang begitu banyak dibandingkan dengan keadaan hujan
  lebat. Kemungkinan senjata yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah lembing.
  Rupa bentuk lembing yang panjang dengan bilangan yang begitu banyak disamakan
  dengan rupa air hujan  yang turun ke
  bumi dengan lebatnya. Begitu juga dengan tempat orang-orang bertempur yang
  dipenuhi dengan debu berterbangan, suara hingar-bingar, suasana udara menjadi
  kelam disamakan atau dibandingkan dengan keadaan cuaca yang suram dan kelam
  ketika berlakunya gerhana matahari. 
 | 
 |
SEJARAH MELAYU STPM
GAYA BAHASA DAN STRUKTUR PENULISAN
Subscribe to:
Comments (Atom)
Terima kasih kerana membantu
ReplyDeleteterima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..
DeleteSangat membantu saya
ReplyDeleteterima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..
DeleteTerima kasih. Sangat membantu!
ReplyDeleteterima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..
DeleteSemoga terus sukses memartabatkan bahasa melayu
ReplyDeleteterima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..
DeleteTerima kasih. Sangat membantu
ReplyDeleteterima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..
Deleteblog yang simple dan padat
ReplyDeleteterima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..
DeleteTeruskan memartabatkan bahasa melayu
ReplyDeleteterima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..
Deleteterima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteterima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..
Deletetq info di atas. semoga terus sukses di masa hadapan
ReplyDeleteterima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..
Delete