Wednesday, May 30, 2018

PENGARUH TEKS

PENGARUH TEKS SEJARAH MELAYU KEPADA TEKS-TEKS SEJARAH.

  Kepengarangan Melayu tradisi mempunyai peranan yang yang sangat besar dalam menyulamkan kisah-kisah Kerajaan Melayu terdahulu. Walaupun begitu, penulisan mereka dikawal dan didokong oleh sistem feudal yang menuntut mereka patuh dan hormat kepada raja. Sulalatus salatin merupakan karya yang diselenggara oleh oleh A. Samad Ahmad berdasarkan teks asalnya iaitu Sejarah MelayuSejarah Melayu merupakan sebuah teks yang dikarang dan ditulis oleh Tun Seri Lanang. Walaupun di dalam buku asal tersebut tidak mempunyai nama pengarang, namun hal ini jelas terbukti di dalam penulisan Shaikh Nuruddin  al-Raniri dalam dalam karyanya iaitu Bustanus Salatin pada tahun masihi 1638 yang telah mencatatkan nama Tun Seri Lanang sebagai pengarang Sejarah MelayuSejarah Melayu ini ditulis pada 13 Mei 1612 berikutan daripada permintaan Raja Abdullah untuk mengarang Sejarah Melayu.Sejarah Melayu juga dilihat sebagai teks yang memberi jaminan kepada kesahihan dan kebenaran. Sejarah Melayu juga dapat dikatakan sebagai sebuah teks yang dapat dikaitkan dengan Kitab Bustanus Salatin, Sejarah Raja Riau-Riau, Keringkasan Sejarah Melayu, Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Siak dan lain-lain.

  Pengarang bermaksud tali atau benang untuk mengarang manik. Makna kedua ialah orang yang mengarang cerita seperti lagu, sajak dan lain-lain. Makna ketiga ialah orang yang menyunting karangan untuk diterbitkan. Manakala menurut Norazimah Zakaria (2016), secara umumnya, pengarang tradisi ialah seorang penyalin, penterjemah kerana dia boleh menyadur, merombak dan menyelesaikan sesebuah karya asli supaya menjadi karya yang lebih menarik berdasarkan cita rasanya, dan mengikut kepada budaya yang melahirkannya. Pada masa dahulu, untuk diikitraf sebagai seorang pengarang Melayu Tradisional, mereka mestilah menghasilkan sebuah karya yang boleh diterima oleh masyarakatnya dengan dengan menghasilkan karya yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan tidak boleh berbeza daripada karya yang lain. Hal ini kerana, semakin banyak pengulangan yang dilakukan, maka sastera tersebut dianggap benar, tulen dan sahih penceritaanya.

  Sekiranya hasil karya itu berbeza dengan hasil karya yang lain, maka sastera tersebut dianggap telah melakukan banyak penyelewengan  dan penyimpangan daripada tradisi dan sumbernya dianggap tidak benar. Konsep pengulangan tema, plot, watak dan lain-lain sudah terbiasa dalam dunia pengarangan Melayu tradisi dan sekiranya diubah, sastera tersebut dianggap janggal dan isinya menyeleweng. Pengarang Melayu tradisi ini juga dianggap seperti seorang yang mencipta atau membuat karangan, dipilih dan disesuaikan untuk menjadi gubahan yang cantik.
  
  Sejarah Melayu sering dijadikan rujukan oleh teks-teks lain dan perkara ini telah mengangkat Sejarah Melayu sebagai Teks Kanon. Sejarah Melayu juga dianggap sebagai “Cermin” iaitu karya-karya Kanon kepada karya “cermin” iaitu karya-karya yang tergolong dalam ruang lingkup Kanon. Karya-karya besar seperti Sejarah Melayu akan meninggalkan pengaruhnya kepada karya-karya yang lain. Sejarah Melayu menjadi “Cermin” atau rujukan utama kepada Hikayat Melayu. Terdapat beberapa faktor yang yang menjadikan Sejarah Melayu sebagai rujukan iaitu faktor utama ialah faktor tarikan dan faktor kedua ialah faktor tolakan. Faktor tarikan yang ada pada Sejarah Melayu telah menjadikan ia sebagai sebuah penarik kepada teks yang lain dari segi isi dan falsafah Sejarah Melayu. Manakala faktor tolakan pula kerana pengaruh konteks sosiologi pengarang itu sendiri yang telah mendorong penulis atau pengarang menjadikan Sejarah Melayu sebagai rujukan.

  Pengulangan yang sering berlaku dalam karya-karya sastera ialah berkenaan dengan, sejarah asal usul, pengembaraan, dan lain lagi. Pengulangan ini mewakili kenyataan, peniruan dan mencontohi kerana perkataan ‘sesuai’ dan ‘patut’ ini mestilah bersesuaian keadaan, tidak melawan arus atau janggal. Sejarah Melayu sebagai sebuah teks rujukan utama kepada pengarang teks Kitab Bustanus-Salatin (abad ke-17), Sejarah Raja-raja Riau (abad ke-19), Keringkasan Sejarah Melayu (1930), Tuhfat al-Nafis (abad ke-19) dan lain-lain. Dalam Hikayat Melayu, ia berfungsi sebagai kesinambungan dengan matlamat pengarang Hikayat Melayu dengan memberikan fokus kepada fungsi Sejarah Melayu untuk mencapai matlamat dan tujuan penulisannya yang tersendiri. Menurut Noriah Taslim (dlm Norazimah Zakaria,2016) mitos dan lagenda adalah dua contoh yang dapat meninggikan kedudukan seseorang dan sering berlaku semacam “combat of prestige”, mitos, lagenda dan motif yang sama akan berulang-ulang dalam teks yang berbeza. Oleh hal itulah, pengulangan sering berlaku kerana ingin mengangkat martabat dan kuasa-kuasa raja. Tambahan pula, penyalinan atau pengarangan tersebut diarah oleh seorang yang bergelar raja.

  Fungsi Sejarah Melayu itu juga untuk memerihalkan susur galur keturunan raja  yang berkuasa dan mempunyai daulat dan bermula dengan tiga beradik di Bukit Si Guntang. Dalam Hikayat Siak, Tuhfat al-Nafis, Kitab Bustanus al-Salatin, Sejarah Raja-raja Riau dan Keringkasan Sejarah Melayu telah menggunakan perkaitan Raja-raja Melayu dengan seperti yang ada dalam Sejarah Melayu, iaitu tentang Iskandar Zulkarnain anak Raja Darab yang berasal dari Makadunia dan mempunyai keturunan yang hebat seperti Raja Suran sehingga muncullah Tiga Beradik di Bukit Siguntang iaitu Nila Pahlawan, Kriysna Pandita dan Nila Utama dan disitulah bermula susur galur Diraja. Cerita asal-usul ini juga digunakan dan dirujuk oleh Runudin al-Raniri semasa menulis fasal 12 bab ii Bustan al-Salatin. Dalam Tuhfat al-Nafis yang ditulis oleh Raja Ali Haji telah menggunakan  peristiwa di sekitar Kerajaan Melayu Melaka-Johor-Riau dari sudut pandangan Raja Ali Haji yang memerihalkan perpindahan kuasa daripada jurai keturunan Sultan Melaka kepada Bendahara. Kemudian turut memfokuskan kepada kedatangan Bugis  dalam politik Melayu Johor-Riau.

  Karya Rakit kulim juga adalah sebuah karya yang menggunakan Sejarah Melayu untuk mengasaskan keturunan Raja-Raja Inderagiri dengan menghubungkan keturunan di Bukit Siguntang dengan cara mendakwa bahawa Putera Gahara ialah Raja Melaka pertama yang memeluk Islam.



  Kesimpulannya, teks Sejarah Melayu  atau Sulalatus Salatin ini sangat memberikan impak yang besar kepada teks-teks “cermin” yang lain. Teks Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin ini menjadi sumber rujukan utama kepada karya-karya sastera yang terhasil selepasnya. Susur galur keturunan diraja juga merupakan perkara atau rujukan utama yang menjadi asas kepada pembinaan hasil sastera kerana sifat pengarang tradisi dahulu yang menganggap ‘repitition’ atau pengulangan sebagai teks yang benar dan sahih.

23 comments:

  1. Nota yg sgt menarik . Gaya penulisan pun cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen yang diberi, semoga ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada anda..

      Delete
  2. Easy to underatand and attractive notes. Very details in givinh explanation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen yang diberi, semoga ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada anda.

      Delete
  3. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsiannya. Nota yang mudah difahami dan menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..

      Delete
  4. terima kasih atas perkongsian ini...ringkas dan mudah difahami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi komen maklumat yang kami beri. segala pendapat anda kami perbaiki untuk penambahbaikkan

      Delete
  5. Satu perkongsian yang menarik dan semoga bermanfaat untuk para pelajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih melawat blog kami... semoga ilmu yang kami kongsi bermanfaat untuk anda..

      Delete
  6. Terima kasih kerana sudi komen maklumat yang kami beri. segala pendapat anda kami perbaiki untuk penambahbaikkan.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. terima kasih atas komen yang diberi, semoga ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada anda.

      Delete
  8. Sy suka dengan penulisan blog ni. Sangat padat dgn isi2 penting. Ditambah dgn video yg sangat menarik untuk ditonton

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen yang diberi, semoga ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada anda.

      Delete
  9. Alhamdulillah, dengan perkongsian blog ini memudahkan saya untuk memahami teks .. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen yang diberi, semoga ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada anda.

      Delete
  10. Perkongsian yang sangat baik. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen yang diberi, semoga ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada anda.

      Delete
  11. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen yang diberi, semoga ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada anda.

      Delete
  12. terima kasih atas perkongsian ilmu yang menarik dan jelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen yang diberi, semoga ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada anda.

      Delete